Skip to content

السؤال

س3: كيف يكون الأدب مع الوالدين؟

Soalan 3: Bagaimanakah beradab dengan ibu bapa?

الجواب

ج:1. طاعة الوالدين في غير معصية.

  1. خدمة الوالدين.
  2. مساعدة الوالدين.
  3. قضاء حوائج الوالدين.
  4. الدعاء للوالدين.
  5. التأدب معهم في القول؛ فلا يجوز قول: "أف"، وهي أقل الأقوال.
  6. الابتسام في وجه الوالدين ولا أعبس.
  7. لا أرفع صوتي فوق صوت الوالدين، وأصغي إليهما، ولا أقاطعهما بالكلام، ولا أناديهما باسمهما، بل أقول: " أبي"، "أمي".
  8. أستأذن قبل الدخول على أبي وأمي وهما في الغرفة.
  9. تقبيل يد ورأس الوالدين.
  • قال تعالى:

﴿۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا٢٣

وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا﴾

[الإسراء: ٢٣-٢٤].

  • وفي الحديث جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يستأذنه في الجهاد، فقال:

«ألك والدان؟» قال نعم. قال: «ففيهما فجاهد»

رواه الترمذي.

Jawapan: 1. Mentaati mereka pada selain maksiat.

  1. Berkhidmat untuk mereka.
  2. Membantu mereka.
  3. Memenuhi keperluan mereka.
  4. Mendoakan kebaikan mereka.
  5. Bersopan ketika berkata-kata dengan mereka. Tidak boleh berkata walaupun hanya 'isy....'
  6. Senyum dan tidak memasamkan wajah di hadapan mereka.
  7. Saya tidak meninggikan suara saya melebihi suara ibu bapa, saya mendengar setiap perkataan mereka, tidak memotong atau mencelah, tidak memanggil mereka dengan nama, tetapi dengan gelaran seperti 'Bapaku, ibuku.'
  8. Meminta izin untuk memasuki ruangan mereka.
  9. Mengucup tangan dan kepala mereka.

Dalilnya, firman Allah:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia, dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sampai usia tua dalam jagaanmu, maka janganlah engkau mengatakan 'Ah' kepada mereka, dan janganlah engkau membentak mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil.'"

(Surah al-Isra': 57)

Dalam hadis, seorang lelaki datang kepada Nabi SAW meminta izin untuk berjihad. Baginda bertanya:

"Adakah kamu mempunyai ibu bapa?" Lelaki itu menjawab: "Ya." Nabi SAW bersabda: "Maka, berjihadlah dengan berkhidmat kepada mereka."

Riwayat al-Tirmidhi.