Skip to content

Terangkan makna rukun-rukun Iman tersebut.

الباب / الفصل
قسم العقيدة

السؤال

س15: ما معنى أركان الإيمان؟

Soalan 15: Terangkan makna rukun-rukun Iman tersebut.

الجواب

ج:الإيمان بالله تَعَالَى:

أن تؤمن بأن الله هو الذي خلقك ورزقك، وهو المالك والمدبر وحده للمخلوقات.

وهو المعبود، لا معبود بحقٍّ سواه. الذي له الخلق والأمر، والحكم والتشريع وحده لا شريك له.

وأنه العظيم الكبير الكامل الذي له الحمد كله، وله الأسماء الحسنى والصفات العُلى، ليس له ند، ولا يشبهه شيء سُبْحَانَهُ.

الإيمان بالملائكة:

وهي مخلوقات خلقها الله من نور، لعبادته وللانقياد التام لأمره.

  • قال تعالى:

﴿بَلۡ عِبَاد مُّكۡرَمُونَ *

لَا يَسۡبِقُونَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ وَهُم بِأَمۡرِهِۦ يَعۡمَلُونَ﴾

[الأنبياء: ٢٦-٢٧].

  • وقال عليه الصلاة والسلام:

«خُلِقَتِ الْمَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ»

رواه مسلم.

  • ومنهم جبريل عَلَيْهِ السَّلَامُ الذي ينزل بالوحي على الأنبياء.

قال تعالى:

﴿وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ *

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ *

عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ *

بِلِسَانٍ عَرَبِيّٖ مُّبِينٖ﴾

[الشعراء: ١٩٢-١٩٥].

الإيمان بالكتب:

وهي الكتب التي أنزلها الله على رسله.

  • كالقرآن: على محمد صلى الله عليه وسلم.
  • الإنجيل: على عيسى عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • التوراة: على موسى عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • الزبور: على داود عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • صحف إبراهيم وموسى: على إبراهيم وموسى عليهما السلام.

الإيمان بالرسل:

وهم من أرسلهم الله إلى عباده ليعلموهم، ويبشروهم بالخير والجنة، وينذروهم عن الشر والنار.

وأفضلهم: أولو العزم، وهم:

  • نوح عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • إبراهيم عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • موسى عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • عيسى عَلَيْهِ السَّلَامُ.
  • محمد صلى الله عليه وسلم.

الإيمان باليوم الآخر:

وهو ما بعد الموت في القبر، ويوم القيامة، ويوم البعث والحساب، حيث يستقر أهل الجنة في منازلهم وأهل النار في منازلهم.

﴿كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ﴾

[آلِ عِمۡرَانَ: ١٨٥].

الإيمان بالقدر خيره وشره:

  • القدر: هو الاعتقاد بأن الله يعلم كل شيء يقع في الكون، وأنه كتب ذلك في اللوح المحفوظ، وشاء وجوده وخلقه.

قال تَعَالَى:

﴿إِنَّا كُلَّ شَيۡءٍ خَلَقۡنَٰهُ بِقَدَرٖ﴾

[القمر: ٤٩].

  • وهو على أربع مراتب:

الأولى: علم الله تَعَالَى، ومن ذلك علمه المسبق لكل شيء، قبل وقوع الأشياء وبعد وقوعها.

دليلها: قوله تَعَالَى:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡأَرۡحَامِۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٞ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسُۢ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ﴾

[لقمان: 34].

الثانية: أن الله كتب ذلك في اللوح المحفوظ، فكل شيء وقع وسيقع فهو مكتوب عنده في كتاب.

﴿۞ وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٖ فِي ظُلُمَٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٖ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ﴾

[الأنعام: 59].

الثالثة: وهو أن كل شيء يقع بمشيئة الله ولا يقع شيء منه أو من خلقه إلا بمشيئته تَعَالَى.

والعبد له اختيار وله إرادة وله مشيئة، لكن هذه الإرادة وهذه المشيئة لا تقع إلا بعد مشيئة الله سبحانه وتعالى.

﴿لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ 28

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ 29﴾

[التكوير: 28 - 29].

الرابعة: الإيمان أن جميع الكائنات مخلوقة خلقها الله، وخلق ذواتها وصفاتها وحركاتها، وكل شيء فيها.

﴿وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ﴾

[الصافات: 96].

Jawapan: Beriman kepada Allah adalah:

Kamu beriman bahawa Allah SWT yang menciptakan dan memberi rezeki kepada kamu. Dialah satu-satunya pemilik dan pentadbir alam jagat ini.

Dia jugalah sembahan yang hakiki. Tiada sesiapa yang berhak disembah selain Allah. Segala hukum-hakam dan perundangan adalah hak Allah semata-mata.

Dia adalah Maha Agung, Maha Besar, Maha Sempurna, segala puji-pujian adalah hak-Nya. Dia memiliki nama-nama terindah dan sifat-sifat teragung. Dia tidak memiliki sekutu, tiada sesiapa yang menyerupai-Nya.

Beriman dengan malaikat,

mereka adalah makhluk yang Allah ciptakan daripada cahaya untuk beribadah dan mematuhi perintah-Nya.

Dalilnya, firman Allah:

"Bahkan para malaikat itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan;

mereka tidak pernah mendahului-Nya dengan pendapat mereka, bahkan mereka melaksanakan setiap perintah-Nya."

(Surah al-Anbiya': 26-27).

Nabi SAW bersabda:

"Malaikat tercipta daripada cahaya."

Hadis riwayat Muslim.

  • Di antara malaikat adalah Malaikat Jibrail yang ditugas membawa wahyu kepada para nabi.

"Sungguh! Al-Quran itu benar-benar diturunkan Tuhan Semesta Alam,

Ia dibawa turun oleh Jibrail yang amanah;

ke atas hatimu, wahai Nabi, supaya kamu menjadi orang yang memberi peringatan;

Ia diturunkan dengan bahasa Arab yang jelas."

[Surah al-Syu'ara': 192-195]

Beriman dengan Kitab:

Iaitu kitab-kitab yang Allah turunkan kepada para rasul-Nya.

Seperti: - al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,

  • Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS,
  • Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS,
  • Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Dawud AS,
  • Suhuf, iaitu skrol-skrol yang diturunkan kepada Ibrahim dan Musa AS.

Beriman dengan para rasul:

Para rasul adalah orang-orang yang Allah utuskan kepada manusia untuk mendidik mereka, menyampaikan berita gembira tentang kebaikan dan syurga, dan memberi amalan tentang kejahatan dan neraka.

Rasul yang paling mulia adalah Para Rasul Ulul Azmi, iaitu:

  • Nabi Nuh AS.
  • Nabi Ibrahim AS.
  • Nabi Musa AS.
  • Nabi 'Isa AS.
  • Nabi Muhammad SAW.

Beriman dengan hari akhirat:

Iaitu kehidupan selepas kematian, bermula di dalam kubur, hari Kiamat, hari perhitungan, sehinggalah apabila ahli syurga berehat di syurga, dan ahli neraka dihumbah ke dalam neraka.

"Setiap nyawa pasti merasakan kematian; dan kamu akan diberi balasan pada hari Kiamat kelak; maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka, dimasukkan ke dalam syurga, maka dia benar-benar telah berjaya. Tidaklah kehidupan dunia melainkan hiburan yang menipu daya."

[Surah Ali 'Imran: 185]

Beriman dengan ketentuan Allah:

Iaitu meyakini bahawa Allah SWT mengetahui setiap yang berlaku di alam ini, Dia telah menuliskannya di Lauh Mahfuz, dan Dia berkehendak ia terjadi dan Dia menciptakannya.

"Sungguh! Kami menciptakan setiap sesuatu dengan takdir."

[Surah al-Qamar: 49]

Takdir boleh difahami dengan empat peringkat:

Peringkat pertama: Ilmu Allah SWT: Bahawa Allah mengetahui segala sesuatu yang berlaku di alam semesta ini, sama ada sebelum ia terjadi atau selepas ia terjadi.

Dalilnya: Firman Allah SWT:

"Sungguh di sisi Allah sahaja pengetahuan tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan Dia mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan diperolehnya esok, dan tiada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."

(Surah Luqman: 34)

Peringkat kedua: Penulisan di Lawh Mahfuz, bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan akan terjadi sudah termaktub dalam Lawh Mahfuz (lembaran catatan yang terpelihara).

"Dan hanya di sisi Allah sahaja terletak kunci-kunci segala yang ghaib, tiada yang mengetahuinya selain Dia, dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya. Dan tiada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, tiada sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lawh Mahfuz)."

(Surah al-An’am: 18)

Peringkat ketiga: Segala sesuatu yang terjadi adalah atas kehendak Allah, dan tiada sesuatu pun yang berlaku melainkan dengan izin dan kehendak-Nya.

Hamba itu mempunyai kehendak dan pilihan, tetapi kehendaknya tidak boleh berlaku melainkan dengan izin dan kehendak Allah SWT.

"Bagi sesiapa daripada kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus;

tetapi kalian tidak akan mahukan sesuatu, melainkan jika Allah Tuhan Semesta Alam mahukan."

(Surah al-Takwir: 28-29)

Peringkat keempat: Beriman bahawa segala yang terjadi adalah makhluk ciptaan Allah. Allah menciptakan zat, sifat dan pergerakannya dan segala yang terkandung di dalamnya.

“Dan Allah menciptakan kamu dan apa yang kamu lakukan.”

(Surah al-Saffat: 96)