Skip to content

Sekiranya seorang wanita melihat darah dalam tempoh kitaran normalnya selama sehari, kemudian sehari lagi tidak melihatnya, apakah yang dia perlu lakukan?

السؤال

S1:

Sekiranya seorang wanita melihat darah dalam tempoh kitaran normalnya selama sehari, kemudian sehari lagi tidak melihatnya, apakah yang dia perlu lakukan?

س15: إذا رأت المرأة في زمن عادتها يومًا دمًا، والذي يليه لا ترى الدم طيلة النهار، فماذا عليها أن تفعل؟

الجواب

J1:

Pendapat yang zahir, situasi suci atau kering yang berlaku dalam tempoh kitaran normalnya adalah dianggap haid juga, tidak dianggap waktu suci. Maka wanita tersebut kekal keadaannya dalam keadaan terhalang daripada apa yang terhalang bagi seorang wanita yang sedang haid.

Sebahagian ulama berpendapat, sekiranya sehari dia melihat darah, esoknya tidak melihatnya; maka hari darah dikira haid, hari suci dikira suci, sehingga cukup 15 hari.

Selepas 15 hari, darah tersebut dianggap sebagai darah sakit (istihadah). Ini merupakan pendapat yang popular dalam mazhab Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.

ﺟ15: الظاهر أن هذا الطّهر أو اليبوسة التي حصلت لها في أيام حيضها تابعٌ للحيض، فلا يعتبر طهرًا، وعلى هذا فتبقى ممتنعةً ممّا تمتنع منه الحائض.

وقال بعض أهل العلم: من كانت ترى يومًا دمًا، ويومًا نقاءً، فالدم حيضٌ، والنقاء طهرٌ حتى يصل إلى خمسة عشر يومًا،

فإذا وصل إلى خمسة عشر يومًا صار ما بعده دم استحاضةٍ. وهذا هو المشهور من مذهب الإمام أحمد بن حنبلٍ رحمه الله.