Skip to content

"Sesiapa yang singgah di suatu tempat kemudian mengucapkan: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan, maka tidak ada sesuatu pun yang akan membahayakannya sehingga dia meninggalkan tempat tersebut."

Daripada Khawlah binti Hakim al-Sulamiyyah beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang singgah di suatu tempat kemudian mengucapkan: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan, maka tidak ada sesuatu pun yang akan membahayakannya sehingga dia meninggalkan tempat tersebut.”

«مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam membimbing umat baginda untuk berpegang teguh dan memohon perlindungan yang bermanfaat, yang dengannya dapat menolak segala sesuatu yang dikhuatiri manusia apabila singgah di suatu tempat di bumi, sama ada dalam perjalanan, rekreasi atau selainnya: iaitu dengan berpegang teguh dan memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna pada keutamaan, keberkatan dan manfaatnya, yang terpelihara daripada segala aib dan kekurangan, daripada kejahatan setiap makhluk yang padanya terdapat kejahatan. Maka, dia akan berasa aman di tempat tersebut, selagi mana dia menetap di situ, daripada segala sesuatu yang membahayakannya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Memohon perlindungan adalah ibadah, dan ia ditujukan kepada Allah SWT atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

Keharusan istiazah dengan kalam Allah, kerana ia adalah sifat daripada sifat-sifat-Nya Subhanahu, berbeza dengan istiazah kepada mana-mana makhluk, maka ia adalah syirik.

Kemuliaan doa ini dan keberkatannya.

Memelihara diri dengan zikir-zikir merupakan sebab untuk melindungi hamba daripada kejahatan.

Membatalkan amalan memohon perlindungan kepada selain Allah daripada jin, ahli sihir, pendusta dan selain mereka.

Pensyariatan doa ini bagi orang yang singgah di suatu tempat ketika tidak bermusafir atau dalam perjalanan.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2080) (2708).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2080) (2708).

Maklumat tambahan (18)

مجموع الفتاوى (6/ 230).

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (1/ 253).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص111).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص122).

معجم اللغة العربية المعاصرة.

لأحمد مختار (2/ 869).

مجموع الفتاوى (6/ 230).

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (1/ 253).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص111).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص122).

معجم اللغة العربية المعاصرة.

لأحمد مختار (2/ 869).