Skip to content

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Dia akan memberinya kefahaman dalam agama.

Daripada Muawiyah RA, beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Dia akan memberinya kefahaman dalam agama. Dan sesungguhnya aku hanyalah pembahagi, dan Allah yang memberi. Dan umat ini akan sentiasa tegak di atas perintah Allah. Mereka tidak akan termudarat oleh sesiapa yang menyalahi mereka, sehinggalah datang perintah Allah.”

«مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ، وَاللهُ يُعْطِي، وَلَنْ تَزَالَ هَذِهِ الْأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللهِ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ memberitahu bahawa sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Dia akan memberinya kefahaman dalam agama-Nya SWT, dan bahawa Baginda ﷺ merupakan pembahagi yang membahagikan dan mengagihkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah ﷻ kepadanya berupa rezeki, ilmu dan selainnya. Sesungguhnya Pemberi yang hakiki ialah Allah, adapun selain-Nya hanyalah asbab yang tidak mampu memberi manfaat melainkan dengan izin Allah, dan bahawa umat ini akan sentiasa tertegak di atas perintah Allah, tidak akan dimudaratkan oleh sesiapa pun yang menyelisihi mereka, sehinggalah berlakunya Kiamat.

Makna Perkataan

.....:

Antara faedah daripada hadis ini:

Keagungan dan Kelebihan Ilmu Syarie, Mempelajarinya serta Galakan Terhadapnya.

Menegakkan kebenaran semestinya wujud dalam umat ini, maka jika satu golongan meninggalkannya, golongan lain akan menegakkannya.

Kefahaman dalam agama adalah tanda Allah Taala mahukan kebaikan untuk hamba-Nya.

Nabi SAW hanyalah memberi dengan perintah Allah dan kehendak-Nya, dan bahawa baginda tidak memiliki sesuatu apa pun.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 25) (71).

Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 718) (1037).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 25) (71).

Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 718) (1037).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 485).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 324).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 424).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 688).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 485).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 324).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 424).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 688).