"Allāhumma antas-salām, wa minkas-salām, tabārakta dhāl-jalāli wal-ikrām." (Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Zat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan).
- التصنيف الشرعي
- الفقهالصلاةأذكار الصلاة
Daripada Thauban RA, beliau berkata:
Apabila Rasulullah ﷺ selesai daripada solatnya, baginda beristighfar sebanyak tiga kali dan mengucapkan: «Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Zat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan». Al-Walid berkata: Lalu aku bertanya kepada al-Auza‘i: "Bagaimanakah cara beristighfar itu?" Beliau menjawab: "Engkau mengucapkan: Astaghfirullāh, Astaghfirullāh (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)."
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا، وَقَالَ: «اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ»، قَالَ الْوَلِيدُ: فَقُلْتُ لِلْأَوْزَاعِيِّ: كَيْفَ الْاسْتِغْفَارُ؟ قَالَ: تَقُولُ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ.
Nabi ﷺ mengucapkan apabila selesai daripada solatnya: "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah." Kemudian dia mengagungkan Tuhannya dengan mengucapkan: "Allāhumma antas-salām, wa minkas-salām, tabārakta dhāl-jalāli wal-ikrām." (Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Sejahtera, dan daripada-Mu datangnya kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, wahai Zat Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan). Maka Allah adalah Yang Maha Sejahtera, Maha Sempurna pada sifat-sifat-Nya, Maha Suci daripada segala aib dan kekurangan. Dan engkau memohon kesejahteraan kepada-Nya (Maha Suci Dia) daripada keburukan dunia dan akhirat, bukan daripada selain-Nya. Dan Dia (Maha Suci Dia) telah melimpah ruah kebaikan-Nya di kedua-dua negeri (dunia dan akhirat), Zat Yang Memiliki Keagungan dan Ihsan.
...:
Disunatkan beristighfar selepas solat dan melaziminya.
Anjuran beristighfar untuk menyempurnakan kekurangan dalam ibadah dan menampung amalan ketaatan serta kecuaian padanya.
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 414) (591).
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 414) (591).
Maklumat tambahan (12)
مرعاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح.
لعبيد الله المباركفوري (3/ 317).
سبل السلام.
للصنعاني (1/ 294).
توضيح الأحكام مِن بلوغ المرام.
لعبد الله البسام (2/ 301).
مرعاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح.
لعبيد الله المباركفوري (3/ 317).
سبل السلام.
للصنعاني (1/ 294).
توضيح الأحكام مِن بلوغ المرام.
لعبد الله البسام (2/ 301).