Apakah bacaan zikir pagi dan petang?
- الباب / الفصل
- قسم الأدعية والأذكار
السؤال
س١٩: ماذا تقول في الصباح والمساء من الأذكار؟
Soalan 19: Apakah bacaan zikir pagi dan petang?
الجواب
ج:١. أقرأُ آية الكرسي:
﴿ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ﴾
[البقرة: ٢٥٥].
- واقرأ:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
﴿قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ 1
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ 2
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ 3
وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ 4﴾
[الإخلاص: 1-4] ثلاث مرات.
﴿قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ 1
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ 2
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ 3
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ 4
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ 5﴾
[الفلق: 1-5] ثلاث مرات.
﴿قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ 1
مَلِكِ ٱلنَّاسِ 2
إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ 3
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ 4
ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ 5
مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ 6﴾
[الناس: 1-6] ثلاث مرات.
- «اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت، أعوذ بك من شر ما صنعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء بذنبي، فاغفر لي، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت»
رواه البخاري.
Jawapan: 1. Membaca ayat kursi,
"Allāhu lā ilāha illā huwa al-ḥayyu al-qayyūm. Lā ta’khudhuhū sinatun wa lā nawm. Lahū mā fī as-samāwāti wa mā fī al-arḍ. Man dhā alladhī yashfa‘u ‘indahū illā bi-idhnih. Ya‘lamu mā bayna aydīhim wa mā khalfahum. Wa lā yuḥīṭūna bi-shay’in min ‘ilmihī illā bimā shā’. Wasi‘a kursiyyuhū as-samāwāti wa al-arḍ. Wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā. Wahuwa al-‘aliyyu al-‘aẓīm." "Allah, tiada yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya setiap yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya? Tiada sesiapa. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, Maha Agung."
(Surah al-Baqarah: 50)
- Membaca:
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Nabi): Sungguh, Allah itu Maha Esa.
Allah tempat bergantung segala sesuatu.
Dia tidak beranak, tidak pula diperanakkan.
Dan tiada sesuatu yang setara dengan-Nya.
(Surah al-Ikhlas: 1-4) sebanyak 3 kali.
Katakanlah, wahai Nabi: Aku berlindung kepada Empunya Fajar.
Daripada kejahatan makhluk yang Dia ciptakan.
Dan daripada kejahatan malam apabila ia menjadi gelap-gelita.
Dan daripada kejahatan peniup buhul.
Dan daripada kejahatan orang yang berhasad apabila dia hasad.
(Surah al-Falaq: 1-5) sebanyak 3 kali.
Katakanlah, wahai Nabi: Saya berlindung dengan Tuhan sekalian manusia,
Raja sekalian manusia,
sembahan sekalian manusia,
daripada kejahatan syaitan yang suka memberikan waswas tetapi kerap mundur,
yang memberi waswas pada dada-dada manusia,
sama ada jin mahupun manusia.
(Surah al-Nas: 1-6) sebanyak 3 kali.
- Bacaan: "Allāhumma anta Rabbī, lā ilāha illā anta, khalaqtanī wa anā ‘abduka, wa anā ‘alā ‘ahdika wa wa‘dika mā istaṭa‘tu, a‘ūdhu bika min sharri mā ṣana‘tu, abū’u laka bi ni‘matika ‘alayya, wa abū’u bi dhanbī, faghfir lī fa innahū lā yaghfiru adh-dhunūba illā anta." "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada sembahan yang benar melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di atas janji dan ikrar kepada-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku, dan aku mengakui dosaku. Maka, ampunilah aku, kerana tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.