Sesungguhnya akhlak Nabi Allah ﷺ ialah al-Quran.
- التصنيف الشرعي
- السيرة النبويةالشمائل المحمديةالصفات الخُلُقية
- موضوعات الحديث
- الأخلاقحسن الخلقحقوق النبي وأصحابهمتابعة الرسول ﷺ
- محاور التعريف بالإسلام
- التعريف بمحمد صلى الله عليه وسلمالتعريف بالنبي محمد صلى الله عليه وسلم
Saad bin Hisyam bin Amir berkata - ketika beliau masuk menemui Aisyah RA -:
"Wahai Ummul Mukminin, khabarkan kepadaku tentang akhlak Rasulullah SAW." Beliau berkata: "Tidakkah engkau membaca al-Quran?" Aku menjawab: "Ya." Beliau berkata: "Sesungguhnya akhlak Nabi Allah SAW adalah al-Quran."
يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، أَنْبِئِينِي عَنْ خُلُقِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: أَلَسْتَ تَقْرَأُ الْقُرْآنَ؟ قُلْتُ: بَلَى، قَالَتْ: فَإِنَّ خُلُقَ نَبِيِّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ الْقُرْآنَ.
'Aisyah RAH ditanya mengenai akhlak Nabi ﷺ, lalu beliau menjawab dengan ungkapan yang menyeluruh, serta meminta penanya merujuk kepada al-Quran al-Karim yang menghimpunkan segala sifat kesempurnaan. Beliau berkata, Baginda ﷺ berakhlak dengan akhlak Quran; apa yang diperintahkan oleh Quran dilaksanakannya, dan apa yang dilarang oleh Quran dijauhinya. Maka, akhlak Baginda adalah beramal dengannya, mematuhi batas-batasnya, beradab dengan adab-adabnya, serta mengambil iktibar daripada perumpamaan dan kisah-kisahnya.
Galakan untuk mencontohi Nabi SAW dalam berakhlak dengan akhlak al-Quran.
Pujian terhadap akhlak Nabi Muhammad SAW, dan sesungguhnya ia bersumberkan pancaran wahyu.
Al-Quran merupakan sumber bagi setiap akhlak yang mulia.
Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh agama dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 512) (746).
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 512) (746).
Maklumat tambahan (16)
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.
لسليم الهلالي (3/ 308).
شرح رياض الصالحين.
لابن عثيمين (6/ 660).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.
لمصطفى الخن وغيره (2/ 1253).
كنوز رياض الصالحين.
لمجموعة من الباحثين (21/ 556).
بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.
لسليم الهلالي (3/ 308).
شرح رياض الصالحين.
لابن عثيمين (6/ 660).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.
لمصطفى الخن وغيره (2/ 1253).
كنوز رياض الصالحين.
لمجموعة من الباحثين (21/ 556).