Skip to content

“Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”

Daripada Hakim bin Hizam رضي الله عنه, beliau berkata:

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan amalan-amalan yang aku lakukan pada zaman jahiliah seperti bersedekah, memerdekakan hamba, dan menyambung silaturahim, adakah aku akan mendapat pahala daripadanya?” Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Engkau memeluk Islam beserta kebaikan yang telah engkau lakukan dahulu.”

قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ أَشْيَاءَ كُنْتُ أَتَحَنَّثُ بِهَا فِي الجَاهِلِيَّةِ مِنْ صَدَقَةٍ أَوْ عَتَاقَةٍ، وَصِلَةِ رَحِمٍ، فَهَلْ فِيهَا مِنْ أَجْرٍ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَسْلَمْتَ عَلَى مَا سَلَفَ مِنْ خَيْرٍ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa orang kafir apabila memeluk Islam, maka dia akan diberi pahala atas amalan-amalan soleh yang telah dilakukannya pada zaman jahiliah sebelum keislamannya, seperti sedekah, membebaskan hamba atau menyambung silaturahim.

Makna Perkataan

أتحنث: أتعبد.

Antara faedah daripada hadis ini:

Amalan baik orang kafir di dunia tidak akan mendapat ganjaran di akhirat jika mereka meninggal dunia dalam keadaan kufur.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (2/ 114) (1436).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 113) (123).

Maklumat tambahan (5)

المفهم (1/332).

شرح النووي على مسلم (2/140).

عمدة القاري شرح صحيح البخاري (22/ 96).

فتح الباري لابن حجر (3/ 302).

البحر المحيط الثجاج (3/499).