Skip to content

Nabi Muhammad ﷺ ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, lalu baginda bersabda: Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia.

محاور التعريف بالإسلام
محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق

Daripada Abu Hurayrah (RA), beliau berkata:

Rasulullah ﷺ ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, lalu Baginda bersabda: "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan Baginda ditanya tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka, lalu Baginda bersabda: "Mulut dan kemaluan."

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ، فَقَالَ: «تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ»، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ: «الْفَمُ وَالْفَرْجُ».

Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan Imam Ahmad
Hasan Sahih
Syarahan

Nabi SAW menjelaskan bahawa sebab paling utama yang membawa masuk ke dalam syurga ada dua perkara, iaitu: Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik. Maka taqwa kepada Allah: ialah menjadikan pelindung antara dirimu dan azab Allah, iaitu dengan melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Dan akhlak yang mulia itu adalah dengan bermanis muka, melakukan kebaikan, dan menahan diri daripada menyakiti orang lain. Dan sesungguhnya sebab terbesar yang memasukkan ke dalam neraka adalah dua sebab, iaitu: Lidah dan kemaluan. Maka antara maksiat lidah ialah: berbohong, mengumpat, mengadu domba dan lain-lain. Dan antara maksiat kemaluan adalah: zina, homoseksual dan lain-lain.

Antara faedah daripada hadis ini:

Masuk syurga mempunyai sebab-sebab yang berkaitan dengan Allah Taala, antaranya: ketakwaan kepada-Nya, dan sebab-sebab yang berkaitan dengan manusia, antaranya: akhlak yang mulia.

Bahaya lidah terhadap pemiliknya, dan sesungguhnya ia merupakan antara sebab masuk ke dalam neraka.

Bahaya syahwat dan perbuatan keji terhadap manusia, dan ia adalah antara sebab terbanyak untuk masuk neraka.

Sumber

Sunan al-Tirmidhī (3/ 536) (2004).

Sunan Ibn Mājah (5/ 318) (4246).

Musnad Aḥmad (13/ 287) (7907).

Sunan al-Tirmidhī (3/ 536) (2004).

Sunan Ibn Mājah (5/ 318) (4246).

Musnad Aḥmad (13/ 287) (7907).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 509).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 369).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 453).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 696).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 509).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 369).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 453).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 696).