Skip to content

Apakah syarat-syarat sah menyapu di atas khuf atau stoking?

الباب / الفصل
قسم الفقه

السؤال

س١٣: ما هي شروط صحة المسح على الخفين؟

Soalan 13: Apakah syarat-syarat sah menyapu di atas khuf atau stoking?

الجواب

ج:١. أن يلبس الخفين على طهارة، أي بعد وضوء.

لحديث المغيرة رضي الله عنه قال: كنت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر، فأهويت لأنزع خفيه، فقال:

«دعهما فإني أدخلتهما طاهرتين». فمسح عليهما.

متفق عليه.

  1. أن يكون الخف طاهرًا، فلا يجوز المسح على النجس.
  2. أن يكون الخف ساترًا للمحل المفروض غسله في الوضوء.
  3. أن يكون المسح خلال المدة المحددة، للمقيم غير المسافر: يوم وليلة، وللمسافر: ثلاثة أيام ولياليهن.

لحديث علي رضي الله عنه:

جعل رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة أيام ولياليهن للمسافر، ويومًا وليلة للمقيم.

رواه مسلم.

Jawapan: Syarat-syarat sah menyapu di atas khuf atau stokin ialah: 1. Memakainya dalam keadaan suci, iaitu selepas berwuduk.

Riwayat daripada al-Mughirah R.A bahawa beliau berkata: “Saya pernah bersama Nabi SAW dalam satu perjalanan. Ketika saya ingin menanggalkan khuf baginda, baginda bersabda:

'Biarkanlah khuf itu kerana saya menyarungnya dalam keadaan suci.' Lalu baginda menyapu di atas kedua-dua khuf tersebut."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

  1. Khuf atau stoking tersebut hendaklah suci. Tidak boleh menyapu wuduk atas khuf bernajis.
  2. Hendaklah khuf atau stoking menutup anggota kaki yang wajib dibasuh ketika berwuduk.
  3. Hendaklah sapuan tersebut hanya dilakukan dalam tempoh masa yang tertentu sahaja. Iaitu 24 jam bagi bukan musafir, 72 jam bagi musafir.

Ali bin Abi Talib R.A meriwayatkan:

Rasulullah SAW menetapkan tempoh menyapu bagi musafir ialah tiga hari tiga malam, manakala bagi orang yang tidak musafir (bermukim) ialah sehari semalam.

Hadis riwayat Muslim.