السؤال
س١٤: ما صفات حجاب المرأة المسلمة؟
Soalan 14: Apakah ciri hijab wanita Muslimah?
الجواب
ج:- أن يكون ساترًا لجميع البدن.
– أن لا يكون به زينة.
– أن لا يكون شفافًا.
– أن يكون واسعًا غير ضيق.
– أن لا يكون مبخرًا مطيبًا.
– أن لا يشبه لباس الرجل.
– أن لا يشبه لباس الكافرات والفاسقات.
- قال تعالى:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا﴾
[الأحزاب: ٥٩].
معنى الآية:
يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يرخين على رؤوسهن ووجوههن مِن أرديتهن وملاحفهن؛ لستر وجوههن وصدورهن ورؤوسهن؛ ذلك أقرب أن يميَّزن بالسَّتر والصيانة، فلا يُتعرَّض لهن بمكروه أو أذى. وكان الله غفورًا رحيمًا حيث غفر لكم ما سلف، ورحمكم بما أوضح لكم من الحلال والحرام.
Jawapan: - Tutup seluruh badan.
- Tidak ada perhiasan padanya.
- Tidak telus warna dan cahaya.
- Longgar, tidak ketat.
- Tidak disembur minyak wangi.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian wanita kafir dan fasiq.
Dalilnya, firman Allah:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita orang mukmin, supaya mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab: 21).
Maksud ayat:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan wanita-wanita kaum mukminin agar mereka menghulurkan kain mereka ke atas kepala dan wajah mereka daripada pakaian dan selendang mereka, untuk menutupi wajah, dada dan kepala mereka. Hal itu lebih dekat untuk dikenali (sebagai wanita yang menjaga kehormatan) dengan penutup dan penjagaan, sehingga mereka tidak diganggu atau disakiti. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, kerana Dia mengampuni apa yang telah berlalu dan merahmati kalian dengan menjelaskan perkara yang halal dan yang haram."