"Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan menjadikannya sebagai waris."
- موضوعات الحديث
- الآدابالإحسان إلى الجار
- محاور التعريف بالإسلام
- محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق
Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Jibril sentiasa mewasiatkan kepadaku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan menjadikannya sebagai waris."
«مَا زَالَ يُوصِينِي جِبْرِيلُ بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ».
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa Jibril sentiasa mengulang-ulangi pesanan kepadanya dan memerintahkannya supaya mengambil berat tentang jiran, iaitu mereka yang berdekatan rumahnya, sama ada Muslim mahupun kafir, kerabat mahupun bukan kerabat, dengan memelihara haknya dan tidak menyakitinya, serta berbuat baik kepadanya dan bersabar atas gangguannya, sehingga baginda sallallahu 'alaihi wasallam menyangka lantaran pengagungan terhadap hak jiran dan pengulangan Jibril akan hal itu, bahawa wahyu akan turun untuk memberikannya sebahagian daripada harta jirannya yang ditinggalkan selepas kematiannya.
...:
Besarnya hak jiran tetangga dan kewajipan memeliharanya.
Penegasan terhadap hak jiran melalui wasiat menuntut kemestian untuk memuliakannya, menzahirkan kasih sayang dan berbuat ihsan kepadanya, menolak kemudaratan daripadanya, menziarahinya tatkala sakit, mengucapkan tahniah kepadanya tatkala beroleh kegembiraan, serta mengucapkan takziah kepadanya tatkala ditimpa musibah.
Semakin dekat pintu jiran, maka semakin kuatlah haknya.
Kesempurnaan syariat ini terserlah menerusi panduan yang dibawanya demi memelihara kesejahteraan masyarakat, seperti berbuat ihsan terhadap jiran tetangga dan menghindarkan sebarang kemudaratan daripada mereka.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 10) (6014).
(8/ 10) (6015).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2025) (2624).
(4/ 2025) (2625).
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 10) (6014).
(8/ 10) (6015).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2025) (2624).
(4/ 2025) (2625).
Maklumat tambahan (6)
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 300).
شرح رياض الصالحين.
لابن عثيمين (3/ 175).
نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 300).
شرح رياض الصالحين.
لابن عثيمين (3/ 175).