Skip to content

"Jika dua orang Islam bertemu dengan pedang masing-masing, maka pembunuh dan yang terbunuh berada di dalam neraka."

Daripada Abu Bakrah RA beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila dua orang Muslim berhadapan dengan pedang mereka, maka si pembunuh dan yang dibunuh masuk ke dalam neraka." Maka aku bertanya, "Wahai Rasulullah, si pembunuh ini (memang wajar masuk neraka), maka bagaimana pula halnya dengan yang dibunuh?" Baginda menjawab, "Sesungguhnya dia juga sangat berhasrat untuk membunuh sahabatnya."

«إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا فَالْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ»، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ هَذَا الْقَاتِلُ، فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ؟ قَالَ: «إِنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa jika dua orang Islam bertemu dengan pedang masing-masing, dalam keadaan setiap seorang daripada mereka berniat membunuh saudaranya; maka si pembunuh akan masuk ke dalam neraka disebabkan perbuatannya membunuh saudaranya, Para sahabat berasa musykil tentang orang yang dibunuh: bagaimana dia boleh berada di dalam neraka? Maka Nabi SAW menjelaskan bahawa dia juga berada di dalam neraka kerana kesungguhannya untuk membunuh temannya, dan tiada yang menghalangnya daripada membunuh melainkan tindakan si pembunuh yang lebih pantas dan mendahuluinya.

Makna Perkataan

فما بالُ: البال: الحال والشأن.

Antara faedah daripada hadis ini:

Orang yang berazam melakukan maksiat di dalam hatinya dan melakukan sebab-sebabnya berhak mendapat dosa.

Peringatan keras terhadap peperangan sesama Muslim dan ancaman api neraka ke atasnya.

Peperangan sesama umat Islam atas dasar kebenaran tidak termasuk dalam ancaman, seperti melawan pemberontak dan golongan yang melakukan kerosakan.

Pelaku dosa besar tidak menjadi kafir hanya kerana melakukannya; kerana Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menamakan dua orang yang saling berbunuhan sebagai Muslim.

Apabila dua orang Muslim bertembung menggunakan apa-apa jua cara atau alat yang boleh membunuh, lalu salah seorang daripada mereka membunuh yang satu lagi, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya akan masuk ke dalam neraka. Adapun penyebutan perkataan 'pedang' di dalam hadis tersebut hanyalah sekadar contoh semata-mata.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 15) (31).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2213) (2888).

(1/ 26).

(1/ 166).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 15) (31).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2213) (2888).

(1/ 26).

(1/ 166).

Maklumat tambahan (8)

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين شرح رياض الصالحين لابن عثيمين (1/ 71).

المعجم الوسيط.

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين شرح رياض الصالحين لابن عثيمين (1/ 71).

المعجم الوسيط.