Skip to content

"Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."

Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar seorang lelaki berkata: “Tidak, demi Kaabah.” Lalu beliau berkata: “Janganlah bersumpah dengan selain Allah, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:”

"Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka dia telah melakukan kufur atau syirik."

«مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللهِ فَقَدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ».

Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Imam Ahmad
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, maka dia telah kufur kepada Allah atau melakukan syirik; kerana perbuatan bersumpah itu menuntut pengagungan terhadap sesuatu yang dijadikan sumpah, dan keagungan itu hanyalah milik Allah semata-mata; maka tidak boleh bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya SWT, Sumpah ini termasuk dalam syirik kecil tetapi, jika orang yang bersumpah mengagungkan apa yang disumpahkannya sepertimana dia mengagungkan Allah Taala atau lebih dahsyat lagi, maka pada ketika itu ia menjadi Syirik Akbar.

Makna Perkataan

من حلف: الحلف: اليمين، وهي توكيد الحكم بذكر معظّم تطمئن له نفس المخاطب.

كفر أو أشرك: يحتمل أن يكون هذا شكًّا من الراوي، ويحتمل أن تكون "أو" بمعنى الواو فيكون كفر وأشرك.

Antara faedah daripada hadis ini:

Sesungguhnya pengagungan melalui sumpah adalah hak Allah SWT, maka tidak dibenarkan bersumpah kecuali dengan Allah serta nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

Kesungguhan para sahabat dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, khususnya jika kemungkaran tersebut berkaitan dengan syirik atau kufur.

Sumber

Sunan al-Tirmidhī (3/ 194) (1535).

Sunan Abī Dāwūd (5/ 154- 155) (3251).

Musnad Aḥmad (9/ 249) (5346).

(9/ 275) (5375).

(10/ 249) (6072).

(1/ 343).

Maklumat tambahan (11)

فتح المجيد شرح كتاب التوحيد.

لعبد الرحمن التميمي (ص413).

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (2/ 214).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص326).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص365).

التمهيد لشرح كتاب التوحيد.

لصالح آل الشيخ (ص452).

فتاوى اللجنة الدائمة.