Skip to content

Apakah adab-adab berkaitan salam?

الباب / الفصل
قسم الآداب الإسلامية

السؤال

س19: ما آداب السلام؟

Soalan 19: Apakah adab-adab berkaitan salam?

الجواب

ج:1. عندما ألقى مسلمًا أبدأ بالسلام، بقول: «السلام عليكم ورحمة الله وبركاته» لا يبدأ بغير السلام، ولا أشير بيدي وحدها.

  1. أتبسم في وجه من أسلم عليه.

في الحديث:

«لا تحقرن من المعروف شيئًا، ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق»

رواه مسلم.

  1. وأصافحه بيدي اليمنى.
  2. إذا حياني أحد بتحية أحييه بأحسن منها، أو أرد مثلها.
  • لقوله تعالى:

﴿وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٖ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡهَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ حَسِيبًا﴾

[النساء: ٨٦].

  1. لا أبدأ الكافر بالسلام، وإذا سلم أرد عليه "وعليكم".
  • لحديث:

«لا تبدؤوا اليهود، ولا النصارى بالسلام»

  1. ويسلم الصغير على الكبير، والراكب على الماشي، والماشي على القاعد، والقليل على الكثير.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

«يسلم الراكب على الماشي، والماشي على القاعد، والقليل على الكثير»

متفق عليه.

  1. عدم مصافحة المرأة التي لا تحل من غير المحارم.
  • في الحديث عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها قالت:

«ولا والله، ما مست يد رسول الله صلى الله عليه وسلم يد امرأة قط»

Jawapan: 1. Memulakan sapaan dengan salam setiap kali bertemu mana-mana Muslim, dengan ucapan, "Assalamu alaykum warahmatullah wabarakatuh." Bukan dengan sapaan atau isyarat tangan sahaja.

  1. Senyum ketika memberi salam.

Nabi SAW bersabda:

"Janganlah kamu meremehkan sebarang amalan baik, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."

Hadis riwayat Muslim.

  1. Berjabat tangan dengan tangan kanan.
  2. Apabila dia menyapa dengan salam, saya membalas dengan sapaan yang lebih baik, atau sama baik.

Allah SWT berfirman:

"Apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu ucapan hormat, maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang setara. Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu."

(Surah an-Nisa’: 80)

  1. Tidak memberi salam kepada orang kafir. Jika dia memulakan salam, saya hanya menyahut, "Waalaykum."

Ini berdasarkan hadis:

"Janganlah kamu mulakan salam kepada orang Yahudi atau Nasrani."

  1. Orang muda memulakan salam kepada yang tua, orang yang menunggang memulakan salam kepada yang berjalan, orang yang berjalan memulakan salam kepada orang yang duduk, kumpulan sedikit memulakan salam kepada kumpulan ramai.

Rasulullah SAW bersabda:

"Yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan, yang berjalan kepada yang duduk, dan yang sedikit kepada yang ramai."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

  1. Tidak bersalaman dengan lain jantina yang bukan mahram.

Daripada 'A'isyah RA, beliau berkata:

"Tidak, demi Allah. Tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh mana-mana tangan wanita asing walaupun sekali."