Apakah rukun-rukun wuduk? Berapakah bilangannya?
- الموضوعات
- الطهارةأحكام الوضوء
- التصنيف الشرعي
- الفقهالطهارةالوضوءأركان الوضوء
- الباب / الفصل
- قسم الفقه
السؤال
س5: ما هي فرائض الوضوء، وعددها؟
Soalan 5: Apakah rukun-rukun wuduk? Berapakah bilangannya?
الجواب
ج:هي التي لا يصح وضوء المسلم إذا ترك واحدة منها.
- غسل الوجه، ومنه المضمضة والاستنشاق.
- غسل اليدين إلى المرفقين.
- مسح الرأس ومنه الأذنين.
- غسل الرجلين إلى الكعبين.
- الترتيب بين الأعضاء، بأن يغسل الوجه، ثم اليدين، ثم مسح الرأس، ثم غسل الرجلين.
قال تعالى:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَكُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِۚ﴾
[المائدة: ٦].
- الموالاة: وهي الوضوء في وقت متواصل، دون فاصل من الوقت حتى تجف الأعضاء من الماء.
كأن يتوضأ نصف وضوء، ويكمل في وقت آخر، فلا يصح وضُوؤُه.
لحديث:
«أن النبي صلى الله عليه وسلم رأى رجلًا يصلي وفي ظهر قدمه لمعة قدر الدرهم، لم يصبها الماء، فأمره النبي صلى الله عليه وسلم أن يعيد الوضوء والصلاة»
رواه أبو داود.
Jawapan: Rukun wuduk adalah perbuatan yang tidak sah wuduk jika ditinggalkan salah satu daripadanya.
- Membasuh muka, termasuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung.
- Membasuh kedua-dua tangan termasuk siku.
- Menyapu kepala, termasuk dua telinga.
- Membasuh dua kaki termasuk buku lali.
- Mengikut tertib anggota ini. Iaitu dengan membasuh muka, kemudian dua tangan, kemudian menyapu kepala, kemudian membasuh kaki.
Dalilnya, firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah wajahmu, tanganmu hingga ke siku, sapulah kepalamu, dan basuh kakimu hingga ke buku lali."
(Surah al-Ma'idah: 6)
- Berturutan, iaitu melakukan perbuatan-perbuatan ini secara bersambungan, tanpa sebarang jeda waktu yang sempat anggota wuduk sebelumnya menjadi kering.
Seperti dia berwuduk separuh, kemudian dia menyambung wuduknya pada waktu lain. Wuduk begini tidak sah.
Ini berdasarkan hadis:
"Nabi SAW melihat seorang lelaki yang sedang solat, padahal pada kakinya terdapat suatu kawasan sebesar 50 sen yang tidak terkena air. Maka baginda mengarahkan lelaki itu mengulang wuduk dan solat."
Riwayat Abu Dawud.