Skip to content

Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.

Daripada Abu Masʿud al-Ansari رضي الله عنه, beliau berkata:

"Seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ lalu berkata: "Sesungguhnya tungganganku telah binasa, maka berikanlah aku tunggangan." Baginda bersabda: "Aku tidak mempunyai apa-apa." Lalu seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, aku akan menunjukkannya kepada orang yang dapat memberikannya tunggangan." Maka Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya.""

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنِّي أُبْدِعَ بِي فَاحْمِلْنِي، فَقَالَ: «مَا عِنْدِي»، فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَنَا أَدُلُّهُ عَلَى مَنْ يَحْمِلُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ lalu berkata: "Sesungguhnya haiwan tungganganku telah binasa, maka bawalah aku di atas seekor haiwan tunggangan, dan berikanlah aku tunggangan yang dapat menyampaikanku." Lalu Nabi ﷺ memohon maaf kepadanya kerana Baginda tidak mempunyai apa-apa untuk membawanya. Maka seorang lelaki yang hadir di situ berkata: "Wahai Rasulullah, aku akan menunjukkannya kepada orang yang dapat membawanya." Lalu Rasulullah ﷺ memberitahu bahawa dia berkongsi ganjaran pahala bersama orang yang bersedekah, kerana dia telah menunjukkan orang yang memerlukan itu kepadanya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Galakan untuk menunjukkan kepada kebaikan.

Galakan untuk melakukan kebaikan merupakan antara asbab terbentuknya sifat saling membantu dan saling melengkapi dalam masyarakat Islam.

Keluasan kurniaan Allah.

Hadis ini merupakan kaedah umum, maka termasuk di dalamnya segala amal kebaikan.

Manusia itu apabila tidak mampu memenuhi keinginan orang yang meminta, maka dia akan menunjukkannya kepada orang lain.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1506) (1893).

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1506) (1893).

Maklumat tambahan (10)

شرح النووي على مسلم (11/ 166).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 349).

فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 298).

شرح النووي على مسلم (11/ 166).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 349).

فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 298).