"Tidak halal bagi seseorang untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga malam; apabila mereka bertemu, yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan sebaik-baik mereka berdua ialah yang memulakan ucapan salam."
- التصنيف الشرعي
- الفقهفقه الأسرة والمجتمعالمجتمع المسلمالفضائل والآدابفقه الأخلاقالأخلاق الحميدةالفضائل والآدابالآداب الشرعيةآداب السلام والاستئذان
- محاور التعريف بالإسلام
- محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
""Tidak halal bagi seseorang memulaukan saudaranya lebih daripada tiga malam; apabila mereka bertemu, lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling. Dan sebaik-baik antara keduanya ialah orang yang memulakan salam.""
«لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ، يَلْتَقِيَانِ، فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا، وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ».
Nabi SAW melarang seorang Muslim daripada memulaukan saudaranya sesama Muslim lebih daripada tiga malam; apabila kedua-duanya bertemu, masing-masing tidak mengucapkan salam dan tidak berbicara antara satu sama lain. Dan yang paling utama antara kedua-dua orang yang bersengketa ini ialah sesiapa yang berusaha menamatkan perbuatan memulaukan, serta memulakan ucapan salam. Yang dimaksudkan dengan perbuatan memulaukan di sini ialah memulaukan kerana kepentingan hawa nafsu peribadi. Adapun memulaukan kerana hak Allah Taala, seperti memulaukan para pelaku maksiat, ahli bidaah, dan rakan-rakan yang buruk, maka hal ini tidak dibataskan dengan tempoh masa tertentu. Hanyasanya ia terikat dengan kemaslahatan pada perbuatan memulaukan tersebut, dan ia akan berakhir apabila hilangnya kemaslahatan berkenaan.
...:
Dibolehkan tidak bertegur sapa dalam tempoh tiga hari atau kurang bagi mengambil kira sifat semula jadi manusia, maka dimaafkan perbuatan tidak bertegur sapa dalam tempoh tiga hari tersebut agar hilang perasaan marah yang mendatang itu.
Kelebihan Salam, dan sesungguhnya ia menghilangkan apa yang ada di dalam jiwa, serta merupakan tanda kasih sayang.
Islam amat menitikberatkan persaudaraan dan kasih sayang dalam kalangan umatnya.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 21) (6077).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1984) (2560).
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 21) (6077).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1984) (2560).
Maklumat tambahan (12)
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 111).
فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 293).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 339).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 111).
فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 293).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 339).
Dipetik dalam kitab
2 BukuMaklumat tambahan (2)
- المناهج التعليمية - الصف السادسالمناهج الدراسية - الحديث - الصف السادس - الفصل الأول «لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ، يَلْتَقِيَانِ فَيُعْرِضُ هَذَا وَيُعْرِضُ هَذَا، وَخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ»
- المناهج التعليمية - الصف السادسالمناهج الدراسية - الحديث - الصف السادس - الفصل الأول «وخَيْرُهُما الذي يَبْدَأ بِالسَّلَامِ».