Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci di sisi Allah ialah pendebat yang tegar.
- موضوعات الحديث
- الكبائر والمحرماتالمراء والجدال بالباطل
- محاور التعريف بالإسلام
- محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق
Daripada Aisyah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
""Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci oleh Allah adalah yang paling keras permusuhannya.""
«إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ».
Nabi SAW mengkhabarkan bahawa Allah Tabaraka wa Ta'ala membenci dalam kalangan manusia orang yang sangat keras dan banyak perbalahannya, yang tidak mahu tunduk kepada kebenaran, dan cuba menolaknya dengan perdebatan, atau dia berbalah pada pihak yang benar namun melampaui batas dalam perbalahan tersebut dan keluar daripada batas kesederhanaan, serta berdebat tanpa ilmu.
...:
Tidak termasuk dalam bab pertikaian yang tercela, tuntutan orang yang dizalimi terhadap haknya melalui jalan perbicaraan syarak.
Perdebatan dan pertelingkahan merupakan antara bencana lidah yang mengakibatkan perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam.
Perdebatan adalah terpuji apabila ia berlandaskan kebenaran dan pendekatannya baik, dan ia menjadi tercela apabila bertujuan menolak kebenaran dan menegakkan kebatilan, atau apabila ia tanpa hujah mahupun bukti.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (3/ 131) (2457).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2054) (2668).
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (3/ 131) (2457).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2054) (2668).
Maklumat tambahan (16)
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 476).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 308).
فتح ذي الجلال والإكرام.
لابن عثيمين (6/ 416).
سبل السلام بشرح بلوغ المرام.
للصنعاني (2/ 685).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 476).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 308).
فتح ذي الجلال والإكرام.
لابن عثيمين (6/ 416).
سبل السلام بشرح بلوغ المرام.
للصنعاني (2/ 685).