Skip to content

«Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

«Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seorang mukmin akan kebaikannya; dia diberi ganjaran kerananya di dunia dan dibalas di akhirat. Adapun orang kafir, maka dia diberi ganjaran dengan kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di dunia, sehinggalah apabila dia tiba di akhirat, tidak ada lagi baginya satu kebaikan pun yang akan dibalas».

«إِنَّ اللهَ لَا يَظْلِمُ مُؤْمِنًا حَسَنَةً، يُعْطَى بِهَا فِي الدُّنْيَا وَيُجْزَى بِهَا فِي الْآخِرَةِ، وَأَمَّا الْكَافِرُ فَيُطْعَمُ بِحَسَنَاتِ مَا عَمِلَ بِهَا لِلَّهِ فِي الدُّنْيَا، حَتَّى إِذَا أَفْضَى إِلَى الْآخِرَةِ، لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَةٌ يُجْزَى بِهَا».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ menjelaskan kurniaan Allah yang agung ke atas orang-orang mukmin, dan keadilan-Nya terhadap orang-orang kafir. Adapun bagi seorang mukmin, ganjaran kebaikan yang dilakukannya tidak akan dikurangkan. Sebaliknya, dia diberikan kebaikan di dunia sebagai balasan atas ketaatannya, di samping ganjaran yang disimpan untuknya di akhirat. Adakalanya pula, keseluruhan ganjaran itu disimpan sepenuhnya untuknya di akhirat. Adapun bagi orang kafir, Allah akan membalas kebaikan yang dilakukannya dengan ganjaran di dunia, sehinggalah apabila dia kembali ke akhirat, tiada lagi sebarang pahala untuknya yang akan dibalas; kerana amalan soleh yang bermanfaat di dunia dan akhirat mestilah pelakunya seorang mukmin.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Sesiapa yang mati dalam keadaan kufur, maka amalannya tidak akan bermanfaat baginya.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2162) (2808).

Maklumat tambahan (3)

المفهم لما أشكل من تلخيص كتاب مسلم (1/ 460).

البحر المحيط الثجاج في شرح صحيح الإمام مسلم بن الحجاج (43/ 460).

شرح النووي على مسلم (17/150).