Skip to content

"Allah reda kepada hamba yang memuji-Nya atas makanan atau minuman yang dimakannya."

Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Allah reda kepada hamba yang memuji-Nya atas makanan atau minuman yang dimakannya."

«إِنَّ اللهَ لَيَرْضَى عَنِ الْعَبْدِ أَنْ يَأْكُلَ الْأَكْلَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا، أَوْ يَشْرَبَ الشَّرْبَةَ فَيَحْمَدَهُ عَلَيْهَا».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan bahawa perbuatan seorang hamba memuji Tuhannya atas kurniaan dan nikmat-nikmat-Nya merupakan antara perkara yang menjadi sebab untuk mendapat reda Allah; iaitu apabila dia makan lalu mengucapkan: 'Alhamdulillah', dan apabila dia minum lalu mengucapkan: 'Alhamdulillah'.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Kemurahan Allah 'Azza wa Jalla, sesungguhnya Dia telah mengurniakan rezeki dan reda dengan pujian.

Reda Allah boleh diperoleh dengan sebab yang paling mudah, seperti memuji Allah selepas makan dan minum.

Antara adab makan dan minum: Memuji Allah Taala selepas makan dan minum.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2095) (2734).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2095) (2734).

Maklumat tambahan (20)

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخن وغيره (1/ 164).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 215).

شرح رياض الصالحين من كلام سيد المرسلين.

لابن عثيمين (2/ 203).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين.

تطرز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص764).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخن وغيره (1/ 164).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 215).

شرح رياض الصالحين من كلام سيد المرسلين.

لابن عثيمين (2/ 203).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين.

تطرز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص764).