السؤال
س١٨: ما هو الاستهزاء؟
Soalan 18: Apakah maksud mengejek?
الجواب
ج:هو السخرية من أخيك المسلم وتحقيره، وهذا لا يجوز.
قال تَعَالَى في النهي عن ذلك:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٞ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٞ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرٗا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ﴾
[الحجرات: ١١].
Jawapan: Mengejek adalah mempermainkan dan merendahkan saudara muslim lain. Perbuatan ini haram.
Allah SWT mengingatkan larangan tersebut:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mengejek kaum yang lain, mungkin sahaja mereka itu lebih baik daripada mereka (yang diejek). Dan jangan pula kaum wanita mengejek kaum wanita yang lain, mungkin sahaja mereka itu lebih baik daripada mereka (yang diejek). Janganlah kamu mencela sesama sendiri dan janganlah memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah iman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Surah al-Hujurat: 11).