Skip to content

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali ganda.

Daripada ʿAbdullah bin Masʿūd RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali ganda. Saya tidak mengatakan {Alif Lam Mim} itu satu huruf, tetapi {Alif} satu huruf, {Lam} satu huruf, dan {Mim} satu huruf."

«مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ {الم} حَرْفٌ، وَلَكِنْ {أَلِفٌ} حَرْفٌ، وَ{لَامٌ} حَرْفٌ، وَ{مِيمٌ} حَرْفٌ».

Riwayat al-Tirmizi
Hasan
Syarahan

Rasulullah SAW mengkhabarkan bahawa setiap Muslim yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan pahala baginya dilipatgandakan hingga sepuluh kali ganda. Kemudian Baginda menjelaskan hal itu dengan sabdanya: (Aku tidak mengatakan "Alif Lam Mim" itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf): maka ia menjadi 3 huruf yang padanya terdapat 30 kebaikan.

Antara faedah daripada hadis ini:

Galakan memperbanyakkan membaca al-Quran.

Bagi pembaca, pada setiap huruf daripada setiap perkataan yang dibacanya terdapat satu kebaikan yang dilipatgandakan sepuluh kali ganda.

Keluasan rahmat Allah dan kemurahan-Nya, apabila Dia melipatgandakan pahala bagi para hamba sebagai limpah kurnia dan kemurahan daripada-Nya.

Kemuliaan al-Quran dibandingkan dengan kalam-kalam lain, dan beribadah dengan membacanya; hal ini kerana ia adalah kalam Allah SWT.

Sumber

Sunan al-Tirmidhī (5/ 33) (2910).

Sunan al-Tirmidhī (5/ 33) (2910).

Maklumat tambahan (16)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 229).

سلسلة الأحاديث الصحيحة.

للألباني (7/ 970).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (4/ 655).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 742).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 229).

سلسلة الأحاديث الصحيحة.

للألباني (7/ 970).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (4/ 655).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 742).