Tidak termasuk dalam kalangan kami sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau tukang ramal, atau yang diramal untuknya, atau yang melakukan sihir atau yang disihirkan untuknya.
Daripada Imran bin Husain RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
""Tidak termasuk dalam kalangan kami sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau tukang ramal, atau yang diramal untuknya, atau yang melakukan sihir atau yang disihirkan untuknya, dan sesiapa yang mengikat simpulan. Sesiapa yang bertemu dengan dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.""
«لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ أَوْ تُطُيِّرَ لَهُ، أَوْ تَكَهَّنَ أَوْ تُكُهِّنَ لَهُ، أَوْ سَحَرَ أَوْ سُحِرَ لَهُ، وَمَنْ عَقَدَ عُقْدَةً، وَمَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ».
Nabi SAW memberi amaran kepada sesiapa dalam kalangan umatnya yang melakukan beberapa perbuatan dengan sabdanya: "Bukan daripada golongan kami", antaranya: Pertama: "Sesiapa yang meramal atau yang diramal untuknya". Asalnya: Melepaskan burung ketika memulakan sesuatu urusan seperti musafir, perniagaan atau selainnya. Jika ia terbang ke arah kanan, dia akan beranggapan baik dan meneruskan apa yang dihajatinya. Dan jika ia terbang ke arah kiri, dia akan beranggapan sial dan menahan diri daripada apa yang dihajatinya. Maka, tidak dibenarkan melakukan perbuatan ini sendiri atau menyuruh orang lain melakukannya untuknya. Turut termasuk dalam hal ini adalah beranggapan sial terhadap apa jua perkara, sama ada yang didengari atau dilihat, daripada burung, haiwan, orang yang mempunyai kecacatan, nombor, hari-hari tertentu atau selainnya. Dan yang kedua: "Sesiapa yang menilik atau meminta ditilik untuknya", maka sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara ghaib dengan menggunakan bintang-bintang dan seumpamanya, atau bertemu dengan orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti ahli nujum dan seumpamanya, dan mempercayai apa yang dikatakannya tentang dakwaannya mengetahui perkara ghaib, maka dia telah kafir dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW. Ketiga: "Sesiapa yang menyihir atau meminta sihir dilakukan untuknya", iaitu orang yang melakukan sihir itu sendiri, atau menyuruh seseorang melakukan sihir untuknya; untuk memberi manfaat kepada seseorang atau memudaratkannya, atau membuat simpulan dengan mengikat tali dan menyihirnya dengan membaca jampi-jampi yang diharamkan ke atasnya serta menghembus padanya.
...:
Kewajipan bertawakal kepada Allah SWT dan beriman kepada qada dan qadar Allah, serta pengharaman tiyarah, sikap pesimis, sihir dan perdukunan, atau bertanya kepada para pelakunya mengenai perkara tersebut.
Dakwaan mengetahui perkara ghaib merupakan syirik yang menafikan tauhid.
Diharamkan mempercayai dukun dan pergi kepada mereka, dan turut termasuk dalam hal ini ialah perbuatan membaca apa yang disebut sebagai tapak tangan, cawan dan buruj, serta melihatnya walaupun sekadar ingin tahu.
Maklumat tambahan (22)
مسند البزار = البحر الزخار (9/ 52) (3578).
شرح السنة للبغوي (12/ 182).
مجموع الفتاوى (35/ 173).
القول المفيد على كتاب التوحيد.
لابن عثيمين (1/ 543).
التمهيد لشرح كتاب التوحيد.
لصالح آل الشيخ (ص315).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
لمحمد القرعاوي (ص242).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
لصالح الفوزان (ص217).
مسند البزار = البحر الزخار (9/ 52) (3578).
شرح السنة للبغوي (12/ 182).
مجموع الفتاوى (35/ 173).
القول المفيد على كتاب التوحيد.
لابن عثيمين (1/ 543).
التمهيد لشرح كتاب التوحيد.
لصالح آل الشيخ (ص315).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
لمحمد القرعاوي (ص242).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
لصالح الفوزان (ص217).
Dipetik dalam kitab
7 Buku- Risalah Mengenai Hukum Sihir dan Perbomohan"Sesiapa yang bertemu dengan dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir dengan agama yang diturunkan kepada Muhammad SAW." (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
- Risalah Mengenai Hukum Sihir dan Perbomohan"Sesiapa yang datang kepada seorang dukun (kāhin) lalu mempercayai apa yang dia katakan, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad ﷺ."
- Risalah Mengenai Hukum Sihir dan Perbomohan"Sesiapa yang datang kepada seorang dukun (kāhin) lalu mempercayai apa yang dia katakan, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad ﷺ."
Maklumat tambahan (4)
- عقيدة الأئمة الأربعة«لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ أَوْ تُطِيِّرَ لَهُ، أَوْ تَكَهَّنَ أَوْ تُكُهِّنَ لَهُ، أَوْ سَحَرَ أَوْ سُحِرَ لَهُ»،
- كتاب التوحيدكتاب التوحيد للشيخ محمد بن عبد الوهاب((مَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم))
- كتاب التوحيدكتاب التوحيد للشيخ محمد بن عبد الوهاب((لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ أَوْ تُطُيِّرَ لَهُ، أَوْ تَكَهَّنَ أَوْ تُكُهِّنَ لَهُ، أَوْ سَحَرَ أَوْ سُحِرَ لَهُ، وَمَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم))
- مطوية الرقيةالرقية الشرعية - 1" ليس منّا مَن تطيّر أو تُطير له، أو تكهّن أو تُكهّن له، أو سَحر أو سُحر له، ومن أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد ".