Skip to content

Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

Allah SWT berfirman: "Aku adalah yang paling tidak berhajat kepada sebarang sekutu. Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, lalu dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya."

«قال الله تبارك وتعالى: أنا أغنى الشركاء عن الشرك، من عمل عملًا أشرك فيه معي غيري، تركتُهُ وشركَهُ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa Allah تبارك وتعالى berfirman bahawa Dia adalah yang paling tidak memerlukan sekutu, kerana Dia Maha Kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu pun; dan bahawa jika seseorang melakukan suatu amalan ketaatan lalu menjadikannya untuk Allah dan untuk selain-Nya, maka Allah akan meninggalkannya, tidak menerimanya, dan mengembalikannya kepada pelakunya. Maka wajib mengikhlaskan amalan hanya kepada Allah SWT, kerana Dia tidak menerima melainkan amalan yang tulus ikhlas demi mencari keredaan-Nya.

Makna Perkataan

.....:

Antara faedah daripada hadis ini:

Peringatan terhadap syirik dengan segala bentuknya dan bahawa ia adalah penghalang daripada penerimaan amalan.

Menghayati kekayaan dan kebesaran Allah membantu untuk ikhlas dalam amalan.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2289) (2985).

Maklumat tambahan (5)

شرح النووي على مسلم (18/ 115).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص287).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص325).