“Adakah kamu mendengar seruan azan?” Maka dia menjawab: “Ya.” Nabi SAW bersabda: “Maka sahutlah seruan itu.”
Daripada Abu Hurayrah (RA), beliau berkata:
Seorang lelaki buta datang menemui Nabi ﷺ, lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya tiada orang yang membimbing saya ke masjid.” Lalu dia meminta Rasulullah ﷺ memberi keringanan kepadanya untuk solat di rumahnya, maka Baginda memberi keringanan kepadanya. Apabila lelaki itu berpaling, Baginda memanggilnya dan bertanya: “Adakah kamu mendengar seruan azan?” Dia menjawab: “Ya.” Baginda bersabda: “Maka sahutlah seruan itu.”
أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ، فَسَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ، فَرَخَّصَ لَهُ، فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ، فَقَالَ: «هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ؟» فَقَالَ: نَعَمْ، قَالَ: «فَأَجِبْ».
Seorang lelaki buta datang menemui Nabi ﷺ, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, saya tiada orang yang membantu saya dan memimpin tangan saya ke masjid pada solat lima waktu." Dia mahu Nabi ﷺ memberi keringanan kepadanya untuk meninggalkan solat berjemaah, lalu Baginda memberi keringanan kepadanya. Apabila lelaki itu berpaling, Baginda memanggilnya dan bertanya: "Adakah kamu mendengar azan untuk solat?" Dia menjawab: "Ya." Baginda bersabda: "Maka jawablah seruan muazin untuk solat."
Kewajipan solat berjemaah; kerana rukhsah tidak berlaku melainkan daripada sesuatu yang lazim dan wajib.
Sabda Baginda: «Maka sahutlah seruan itu» kepada orang yang mendengar seruan azan menunjukkan kewajipan solat berjemaah; kerana hukum asal bagi sesuatu perintah adalah wajib.
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 452) (653).
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 452) (653).
Maklumat tambahan (8)
شرح النووي على مسلم (5/ 155).
فتح ذي الجلال والإكرام.
شرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (2/ 254).
شرح النووي على مسلم (5/ 155).
فتح ذي الجلال والإكرام.
شرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (2/ 254).