Skip to content

"Sesungguhnya, untuk aku mengucapkan: Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah, dan Allahu Akbar, adalah lebih aku sukai daripada segala yang disinari matahari."

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

«Sesungguhnya, untuk aku mengucapkan: Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah, dan Allahu Akbar, adalah lebih aku sukai daripada segala yang disinari matahari.»

«لَأَنْ أَقُولَ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi SAW mengkhabarkan bahawa berzikir kepada Allah Taala dengan kalimah-kalimah yang agung ini adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya, iaitu: "Subhanallah": Menyucikan Allah daripada segala kekurangan. ""Segala puji bagi Allah": memuji-Nya dengan sifat kesempurnaan berserta kecintaan dan pengagungan terhadap-Nya." "La ilaha illallah": Tiada yang berhak disembah selain Allah. “Allahu Akbar”: Lebih agung dan lebih mulia daripada segala sesuatu.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Galakan mengingati Allah, dan sesungguhnya ia lebih disukai daripada segala yang disinari matahari.

Galakan untuk memperbanyakkan zikir kerana padanya terdapat pahala dan kelebihan.

Kesenangan dunia ini hanyalah sedikit dan hawa nafsunya akan lenyap.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2072) (2695).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2072) (2695).

Maklumat tambahan (16)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 496).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 485).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (2/ 970).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل المبارك (ص772).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 496).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 485).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (2/ 970).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل المبارك (ص772).