Skip to content

Tidak masuk syurga orang yang memutuskan tali persaudaraan.

Daripada Jubair bin Mut'im RA bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan tali persaudaraan."

«لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang memutuskan hak-hak yang wajib bagi kaum kerabatnya, atau menyakiti dan berbuat buruk kepada mereka, maka dia berhak untuk tidak masuk syurga.

Makna Perkataan

.....:

Antara faedah daripada hadis ini:

Memutuskan silaturahim merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar.

Amalan bersilaturahim adalah berdasarkan adat kebiasaan, maka ia berbeza-beza mengikut perbezaan tempat, zaman dan individu.

Menyambung hubungan silaturrahim boleh dilakukan dengan menziarahi mereka, bersedekah, berbuat baik kepada mereka, menziarahi orang yang sakit, menyuruh mereka kepada yang makruf, mencegah mereka daripada kemungkaran, dan sebagainya.

Semakin dekat pertalian kerabat, maka perbuatan memutuskan silaturahim itu adalah lebih besar dosanya.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1981) (2556).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 5) (5984).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1981) (2556).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 5) (5984).

Maklumat tambahan (10)

شرح النووي على مسلم (16/ 113).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 90).

فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 277).

شرح النووي على مسلم (16/ 113).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 90).

فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 277).