"Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Nabi ﷺ bersabda:
"Janganlah kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang bodoh, atau untuk menarik perhatian dalam majlis-majlis. Sesiapa yang melakukan demikian, maka nerakalah, nerakalah."
«لَا تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ لِتُبَاهُوا بِهِ الْعُلَمَاءَ، وَلَا لِتُمَارُوا بِهِ السُّفَهَاءَ، وَلَا تَخَيَّرُوا بِهِ الْمَجَالِسَ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ، فَالنَّارُ النَّارُ».
Nabi ﷺ telah memberi amaran tentang perbuatan menuntut ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, dan menzahirkan diri sebagai seorang alim seperti mereka; atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh dan yang cetek akalnya; atau mempelajarinya untuk mendapat kedudukan utama dalam majlis-majlis dan didahulukan mengatasi orang lain di dalamnya. Maka sesiapa yang berbuat demikian, dia berhak mendapat neraka kerana riaknya dan tidak ikhlas dalam menuntut ilmu kerana Allah.
...:
Ancaman neraka bagi sesiapa yang mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga, berdebat, atau mendahului dalam majlis-majlis, dan seumpamanya.
Kepentingan ikhlas dalam niat bagi orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya.
Niat adalah asas amalan dan balasan adalah berdasarkannya.
Sunan Ibn Mājah (1/ 170) (254).
Maklumat tambahan (2)
مرشد ذوي الحجا والحاجة (2/378).
مشارق الأنوار الوهاجة ومطالع الأسرار البهاجة في شرح سنن الإمام ابن ماجه (4/ 482).