Skip to content

"Seorang Mukmin dapat mencapai darjat orang yang berpuasa dan berjaga malam dengan akhlaknya yang indah."

موضوعات الحديث
الأخلاقحسن الخلق
محاور التعريف بالإسلام
محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق

Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

""Seorang Mukmin dapat mencapai darjat orang yang berpuasa, berjaga malam, dengan akhlaknya yang indah.""

«إنَّ المُؤْمِنَ ليُدرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ القَائِمِ».

Riwayat Abu Dawud dan Imam Ahmad
Sahih dengan riwayat sokongan lain
Syarahan

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa akhlak mulia membawa pemiliknya mencapai kedudukan orang yang melazimi puasa pada siang hari dan mendirikan solat malam. Keseluruhan akhlak mulia terhimpun pada: mencurahkan kebaikan, tutur kata yang baik, bermanis muka, menahan diri daripada menyakiti orang lain, serta bersabar menanggung gangguan daripada manusia.

Makna Perkataan

....:

Antara faedah daripada hadis ini:

Besarnya perhatian Islam terhadap pembentukan dan kesempurnaan akhlak.

Kelebihan berakhlak mulia, sehingga dengannya seorang hamba dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang tidak berbuka dan orang yang berjaga malam yang tidak letih.

Puasa pada siang hari dan qiyam pada waktu malam adalah dua amalan agung yang padanya terdapat kepayahan bagi jiwa. Darjat kedua-duanya dapat dicapai oleh orang yang memiliki akhlak yang indah kerana dia berjihad melawan nafsunya dengan muamalah yang baik.

Sumber

Sunan Abī Dāwūd (7/ 176) (4798).

Musnad Aḥmad (40/ 414) (24355).

Sunan Abī Dāwūd (7/ 176) (4798).

Musnad Aḥmad (40/ 414) (24355).

Maklumat tambahan (12)

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 675).

تطرز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص411).

مشكاة المصابيح.

لمحمد العمري (3/ 1409).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 675).

تطرز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص411).

مشكاة المصابيح.

لمحمد العمري (3/ 1409).