Skip to content

""Sesiapa yang merupai sesuatu kaum, dia termasuk daripada mereka.""

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

""Sesiapa yang merupai sesuatu kaum, dia termasuk daripada mereka.""

«مَن تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ».

Riwayat Abu Dawud dan Imam Ahmad
Hasan
Syarahan

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam mengkhabarkan bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum daripada kalangan orang kafir, golongan fasik, atau orang yang soleh — iaitu dengan melakukan sesuatu yang menjadi kekhususan mereka daripada sudut akidah, ibadah, atau adat kebiasaan — maka dia termasuk dalam kalangan mereka; hal ini kerana penyerupaan dengan mereka secara zahir akan membawa kepada penyerupaan dengan mereka secara batin. Tidak syak lagi bahawa perbuatan menyerupai sesuatu kaum itu berpunca daripada rasa kagum, dan ia boleh membawa kepada perasaan mencintai mereka, mengagungkan mereka, serta cenderung kepada mereka. Perkara ini seterusnya boleh mengheret seseorang itu untuk terus menyerupai mereka sehinggalah dalam hal batin dan ibadah — wal'iyadzu billah —.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Peringatan terhadap perbuatan menyerupai orang kafir dan fasiq.

Galakan untuk menyerupai orang-orang soleh dan mencontohi mereka.

Penyerupaan pada zahir akan mewariskan cinta di dalam batin.

Seseorang manusia itu akan menanggung ancaman (azab) dan dosa berdasarkan (tahap) penyerupaan dan jenisnya.

Larangan meniru orang kafir dalam agama mereka dan adat khusus buat mereka. Adapun perkara yang tidak sedemikian, seperti mempelajari ilmu pertukangan dan seumpamanya, maka ia tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Sumber

Sunan Abī Dāwūd (6/ 144) (4031).

Musnad Aḥmad (9/ 126) (5115).

Sunan Abī Dāwūd (6/ 144) (4031).

Musnad Aḥmad (9/ 126) (5115).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 363).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 157).

فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 335).

مشكاة المصابيح.

للتبريزي (2/ 1246).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 363).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 157).

فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (6/ 335).

مشكاة المصابيح.

للتبريزي (2/ 1246).