Skip to content

Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka telah terhapus amalannya.

Daripada Buraydah bin al-Husayb رضي الله عنه bahawa beliau berkata:

Bersegeralah menunaikan solat Asar, kerana sesungguhnya Nabi SAW bersabda: ""Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terbatallah amalannya.""

بَكِّرُوا بِصَلَاةِ الْعَصْرِ، فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ».

Riwayat al-Bukhari
Sahih
Syarahan

Nabi SAW memberi amaran daripada melewatkan solat Asar daripada waktunya dengan sengaja, dan bahawa sesiapa yang berbuat demikian, terbatal dan rosaklah amalannya serta menjadi sia-sia.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Galakan untuk menjaga solat Asar pada awal waktunya dan menyegerakannya.

Ancaman yang keras bagi sesiapa yang meninggalkan solat asar, dan meluputkannya daripada waktunya adalah lebih besar berbanding meluputkan solat yang lain, kerana ia merupakan solat wusta yang dikhususkan dengan perintah dalam firman Allah Taala: (Peliharalah segala solat dan solat wusta) [al-Baqarah: 238].

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 115) (553).

Musnad Aḥmad (38/ 152) (23045).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 115) (553).

Musnad Aḥmad (38/ 152) (23045).

Maklumat tambahan (18)

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 56).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (2/ 777).

فيض القدير شرح الجامع الصغير (3/ 206).

بهجة الناظرين.

لسليم الهلالي (2/ 260).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص614).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 56).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (2/ 777).

فيض القدير شرح الجامع الصغير (3/ 206).

بهجة الناظرين.

لسليم الهلالي (2/ 260).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل مبارك (ص614).