"Sesiapa yang mengucapkan: "La ilaha illa Allah" (Tiada yang berhak disembah melainkan Allah) dan mengingkari apa yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya, dan perhitungannya diserahkan kepada Allah"
Daripada Ṭāriq bin Ashyam al-Ashjaʿi RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
""Sesiapa yang mengucapkan: "La ilaha illa Allah" (Tiada yang berhak disembah melainkan Allah) dan mengingkari apa yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya, dan perhitungannya diserahkan kepada Allah.""
«مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ». «مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ، حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ».
Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa sesiapa yang mengucapkan dan bersaksi dengan lidahnya bahawa "La ilaha illa Allah", iaitu tiada yang berhak disembah melainkan Allah, dan mengingkari apa yang disembah selain Allah, serta berlepas diri daripada semua agama selain Islam, maka terpeliharalah harta dan darahnya daripada umat Islam. Kita hanya menilainya berdasarkan amalannya yang zahir, maka hartanya tidak boleh dirampas dan darahnya tidak boleh ditumpahkan, melainkan jika dia melakukan jenayah atau kesalahan yang mewajibkan hal tersebut berdasarkan hukum-hakam Islam. Dan Allah yang akan menghisabnya pada hari kiamat, maka jika dia benar, Dia memberinya pahala, dan jika dia munafik, Dia mengazabnya.
...:
Mengucapkan "La ilaha illallah", dan mengingkari segala apa yang disembah selain Allah, adalah syarat untuk memeluk Islam.
Makna "La ilaha illallah" ialah mengingkari segala sesuatu yang disembah selain Allah—sama ada berhala, kubur, atau lainnya—serta mengesakan-Nya—subhanahu—dalam beribadah.
Sesiapa yang berpegang dengan tauhid dan mematuhi syariatnya secara zahir, maka wajiblah menahan diri daripadanya sehingga jelas daripadanya sesuatu yang menyalahi perkara tersebut.
Kesucian harta seorang Muslim, darahnya dan maruahnya melainkan dengan hak.
Hukum di dunia adalah berdasarkan yang zahir, dan di akhirat berdasarkan niat dan tujuan.
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 53) (23).
Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 53) (23).
Maklumat tambahan (8)
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
لصالح الفوزان (ص68).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
لمحمد القرعاوي (ص77).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
لصالح الفوزان (ص68).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
لمحمد القرعاوي (ص77).
Dipetik dalam kitab
3 BukuMaklumat tambahan (3)
- التوحيد في ضوء عقيدة الإمام الشافعي رحمه الله ونصوصه ومروياته"من قال: لا إله إلا الله، وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله ".([12])
- رياض الصالحينرياض الصالحين مع فوائد وهدايات - 2«مَن قال لا إلهَ إلَّا الله، وكَفَرَ بِمَا يُعْـبَـدُ مِنْ دُونِ الله، حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلىٰ الله تعالىٰ».
- مشروع المنهج التعليميمادة التوحيد مستوى 1«مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مَنْ دُونِ اللهِ؛ حَرُمَ مَالُهُ، وَدَمُهُ»