Skip to content

"Permudahkan, jangan menyusahkan, dan berikanlah berita gembira, jangan membuat orang lari."

محاور التعريف بالإسلام
محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق

Daripada Anas bin Malik RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

"Permudahkan, jangan menyusahkan, dan berikanlah berita gembira, jangan membuat orang lari."

«يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا، وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan keringanan dan kemudahan kepada orang ramai serta tidak menyusahkan mereka dalam semua urusan agama dan dunia, dan hal itu berada dalam batas-batas yang dibolehkan dan disyariatkan oleh Allah. Dan dia menggalakkan agar memberikan berita gembira kepada mereka dengan kebaikan, dan tidak membuat mereka lari daripadanya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Menjadi kewajipan bagi seorang mukmin untuk memupuk rasa cinta manusia kepada Allah dan menggalakkan mereka kepada kebaikan.

Seorang dai kepada Allah hendaklah meneliti dengan hikmah tentang cara menyampaikan dakwah Islam kepada manusia.

Menyampaikan khabar gembira akan melahirkan rasa gembira, penerimaan dan ketenangan terhadap pendakwah serta apa yang disampaikannya kepada orang ramai.

Sikap menyusahkan melahirkan perasaan menjauhkan diri, berpaling, serta keraguan terhadap kata-kata pendakwah.

Keluasan rahmat Allah terhadap hamba-hamba-Nya dan sesungguhnya Dia meredai bagi mereka agama yang penuh kelapangan serta syariat yang dipermudahkan.

Kemudahan yang diperintahkan ialah apa yang dibawa oleh syariat.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 25) (69).

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1358) (1732).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (1/ 25) (69).

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1358) (1732).

Maklumat tambahan (12)

شرح صحيح البخاري.

لابن بطال (1/ 153).

إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري.

لأبو العباس القسطلاني (1/ 169).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 687).

شرح صحيح البخاري.

لابن بطال (1/ 153).

إرشاد الساري لشرح صحيح البخاري.

لأبو العباس القسطلاني (1/ 169).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 687).