Skip to content

Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah.

Daripada Jundub bin Abdullah al-Qasri RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh itu, janganlah sekali-kali Allah menuntut kamu dengan sesuatu pun daripada jaminan-Nya, kerana sesungguhnya barangsiapa yang dituntut oleh-Nya dengan sesuatu daripada jaminan-Nya, pasti Dia akan mendapatkannya, lalu menyembamkannya di atas wajahnya ke dalam api neraka Jahannam."

«مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ، فَلَا يَطْلُبَنَّكُمُ اللهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ، فَإِنَّهُ مَنْ يَطْلُبْهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ يُدْرِكْهُ، ثُمَّ يَكُبَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi SAW mengkhabarkan bahawa sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam pemeliharaan Allah, penjagaan-Nya dan perlindungan-Nya, Dia membelanya, dan menolongnya. Kemudian, Baginda 'alaihis solatu was salam memperingatkan agar berhati-hati daripada melanggar perjanjian ini dan membatalkannya, sama ada dengan meninggalkan solat Subuh, atau dengan mengganggu serta menzalimi orang yang menunaikannya. Sesungguhnya sesiapa yang melakukannya, maka dia telah mencabuli jaminan perlindungan ini, dan berhak menerima ancaman yang dahsyat bahawa Allah akan menuntutnya atas kelalaiannya terhadap hak-Nya. Dan sesiapa yang dituntut oleh Allah, pasti Dia akan mendapatkannya, lalu mencampakkannya ke dalam api neraka di atas wajahnya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Penjelasan kepentingan solat Subuh dan kelebihannya.

Amaran keras daripada menyakiti sesiapa yang menunaikan solat Subuh.

Pembalasan Allah Taala terhadap orang yang menyakiti hamba-hamba-Nya yang soleh.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 454) (657).

Ṣaḥīḥ Muslim (1/ 454) (657).

Maklumat tambahan (12)

المعجم الأوسط (4/ 5) (3464).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 249).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (2/ 561).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 323).

المعجم الأوسط (4/ 5) (3464).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين (1/ 249).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (2/ 561).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 323).