Skip to content

"Semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan."

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

"Setiap umatku akan masuk syurga melainkan orang yang enggan." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan itu?" Baginda bersabda: "Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga, dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya dia telah enggan."

«كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى»، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: «مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى».

Riwayat al-Bukhari
Sahih
Syarahan

Nabi SAW mengkhabarkan bahawa semua umat baginda akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan! Maka para sahabat radhiyallahu 'anhum bertanya: "Dan siapakah yang enggan, wahai Rasulullah?!" Maka Baginda 'alaihissalatu wassalam menjawab mereka: Bahawa sesiapa yang tunduk, mengikut dan mentaati Rasul sallallahu 'alaihi wasallam, dia akan masuk ke dalam syurga. Adapun sesiapa yang derhaka dan tidak patuh kepada syariat, maka sesungguhnya dia telah enggan daripada memasuki syurga disebabkan oleh amal-amalnya yang buruk.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Sesungguhnya ketaatan kepada Rasul ﷺ adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah, dan kemaksiatan kepadanya adalah sebahagian daripada kemaksiatan kepada Allah.

Mentaati Nabi sallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan syurga, dan menderhakai baginda mewajibkan neraka.

Khabar gembira bagi orang-orang yang taat daripada umat ini, dan bahawa mereka semua akan masuk ke dalam syurga melainkan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kasih sayang Baginda SAW terhadap umatnya, serta kesungguhan Baginda agar mereka memperoleh hidayah.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (9/ 92) (7280).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (9/ 92) (7280).

Maklumat tambahan (28)

فيض القدير شرح الجامع الصغير.

للمناوي.

المكتبة التجارية الكبرى – مصر.

الطبعة: الأولى.

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين لسليم الهلالي.

ط1.

دار ابن الجوزي.

الدمام.

1415هـ.

التيسير بشرح الجامع الصغير.

للمناوي.

مكتبة الإمام الشافعي.

الرياض.

ط3.

فيض القدير شرح الجامع الصغير.

للمناوي.

المكتبة التجارية الكبرى – مصر.

الطبعة: الأولى.

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين لسليم الهلالي.

ط1.

دار ابن الجوزي.

الدمام.

1415هـ.

التيسير بشرح الجامع الصغير.

للمناوي.

مكتبة الإمام الشافعي.

الرياض.

ط3.