Skip to content

"Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada kasturi

Daripada Abdullah bin Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

"Telagaku seluas perjalanan sebulan, airnya lebih putih daripada susu, dan baunya lebih harum daripada kasturi, dan bekas-bekas minumannya seperti bintang-bintang di langit, sesiapa yang minum daripadanya tidak akan dahaga selama-lamanya."

«حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنَ اللَّبَنِ، وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنَ المِسْكِ، وَكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلاَ يَظْمَأُ أَبَدًا».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Nabi ﷺ bersabda bahawa baginda mempunyai sebuah telaga pada hari kiamat, panjangnya perjalanan sebulan dan lebarnya juga demikian, dan bahawa airnya adalah lebih putih daripada susu, Dan bahawa baunya suci, lebih wangi daripada bau kasturi, Dan cerek-cereknya adalah seperti bintang-bintang di langit dari segi jumlahnya, Sesiapa yang meminum dari al-Haudh dengancerek-cerek tersebut, tidak akan dahaga selama-lamanya.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Telaga (Ḥawḍ) Nabi ﷺ adalah sebuah takungan air yang mulia, yang akan dikunjungi oleh orang-orang beriman dari kalangan umatnya pada hari kiamat.

Nikmat yang diperoleh bagi sesiapa yang meminum dari al-Haud ialah dia tidak akan dahaga selama-lamanya.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 119) (6579).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1793) (2292).

Maklumat tambahan (4)

المفهم (6/91).

فتح الباري (11/472).

التنوير شرح الجامع الصغير (5/387).

فتح المنعم شرح صحيح مسلم (9/125).