Skip to content

«Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian.»

Daripada Ibn Mas'ud RA, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

«Syurga lebih dekat kepada salah seorang daripada kamu daripada tali sandalnya, dan neraka juga demikian.»

«الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ».

Riwayat al-Bukhari
Sahih
Syarahan

Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberitahu bahawa syurga dan neraka itu dekat dengan manusia, sedekat tali kasut pada kakinya, kerana seseorang itu boleh jadi melakukan suatu ketaatan yang diredai Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung yang memasukkannya ke dalam syurga, atau melakukan suatu maksiat yang menjadi sebab dia dimasukkan ke dalam neraka.

Makna Perkataan

....:

Antara faedah daripada hadis ini:

Galakan untuk berbuat kebaikan walaupun sedikit, dan amaran daripada berbuat keburukan walaupun sedikit.

Seorang Muslim dalam kehidupannya mestilah menggabungkan antara ibadah harap dan takut, dan sentiasa memohon kepada Allah SWT akan ketetapan di atas kebenaran, sehingga dia selamat dan tidak terpedaya dengan keadaannya.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 102) (6488).

Maklumat tambahan (8)

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (2/ 99).

فتح الباري.

لابن حجر(11/ 321).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (1/ 186).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 136).