Skip to content

"Sesiapa yang bertemu dengan seorang dukun dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Riwayat Muslim)

Daripada sebahagian isteri Nabi ﷺ, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesiapa yang bertemu dengan seorang dukun dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari." (Riwayat Muslim)

«مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi SAW memperingatkan daripada mendatangi dukun - ia merupakan nama umum bagi peramal, ahli nujum, tukang tilik dan seumpamanya, dalam kalangan mereka yang mencari petunjuk untuk mengetahui perkara yang ghaib melalui kaedah-kaedah yang digunakannya -, dan sesungguhnya semata-mata bertanya kepadanya tentang sesuatu daripada perkara yang ghaib, Allah akan menghalangnya daripada mendapat pahala solatnya selama empat puluh hari disebabkan hal tersebut; dan yang demikian itu adalah sebagai hukuman baginya atas kesalahan dan dosa besar ini.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Pengharaman perdukunan, dan pergi kepada para dukun serta bertanya kepada mereka tentang perkara-perkara ghaib.

Seseorang itu mungkin terhalang daripada mendapat pahala ketaatan sebagai hukuman ke atasnya kerana melakukan dosa.

Termasuk dalam hadis ini adalah apa yang dinamakan sebagai zodiak dan melihatnya, serta membaca tapak tangan dan cawan - walaupun sekadar untuk mengetahuinya sahaja - kerana kesemua itu termasuk dalam amalan perdukunan dan dakwaan mengetahui perkara ghaib.

Jika ini balasan bagi sesiapa yang bertemu dengan dukun, maka bagaimana dengan balasan dukun itu sendiri?

Solat selama empat puluh hari dikira memadai, tidak wajib diqada, tetapi tiada pahala di dalamnya.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1751) (2230).

Musnad Aḥmad (27/ 197) (16638).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 1751) (2230).

Musnad Aḥmad (27/ 197) (16638).

Maklumat tambahan (8)

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

للقرعاوي (ص238).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

للفوزان (ص213).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

للقرعاوي (ص238).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

للفوزان (ص213).