Skip to content

Ucapan yang paling dicintai Allah ialah empat: Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah, dan Allahu Akbar. Tidak mengapa dengan yang mana pun kamu mulakan.

Daripada Samurah bin Jundub RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Ucapan yang paling dicintai Allah ialah empat: Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah, dan Allahu Akbar. Tidak mengapa dengan yang mana pun kamu mulakan."

«أَحَبُّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ أَرْبَعٌ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، لَا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi SAW menjelaskan bahawa ucapan yang paling dicintai Allah Taala ialah empat: Subhanallah: Ia bermaksud menyucikan Allah SWT daripada segala kekurangan. Dan ucapan "Alhamdulillah" bermaksud menyifatkan Allah SWT dengan kesempurnaan yang mutlak berserta rasa cinta dan pengagungan terhadap-Nya. Dan "La ilaha illallah": Iaitu tiada yang berhak disembah kecuali Allah. Dan Allah Maha Besar: bermakna lebih mulia, lebih agung, lebih penting, berbanding segala sesuatu. Dan bahawa kelebihannya serta perolehan pahalanya tidak mensyaratkan susunan tertib ketika melafazkannya.

Antara faedah daripada hadis ini:

Kemudahan syariat, di mana tidak memberi mudarat dengan mana-mana kalimah ini yang engkau mulakan.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1685) (2137).

(4/ 2093) (2731).

(4/ 2072) (2695).

Ṣaḥīḥ Muslim (3/ 1685) (2137).

(4/ 2093) (2731).

(4/ 2072) (2695).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 540).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 411).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 477).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 706).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 540).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 411).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 477).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 706).