Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu daripada bintang-bintang, dia telah mempelajari satu cabang daripada sihir, bertambah (sihirnya) sebanyak mana bertambah (ilmunya).
- التصنيف الشرعي
- العقيدةالإسلامنواقض الإسلامالشرك
- موضوعات الحديث
- التوحيد وحمايتهأهمية التوحيدالتوحيد وحمايتهالسحرالتوحيد وحمايتهالكهانة والعرافة والتنجيم وإتيان من يتلبس بهذه المنكرات
- محاور التعريف بالإسلام
- توحيد الله وإبطال الشركبطلان الشرك وصوره
Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
""Sesiapa yang mempelajari suatu ilmu daripada bintang-bintang, maka dia telah mempelajari satu cabang daripada sihir, semakin bertambah (ilmunya), semakin bertambahlah (sihirnya).""
«من اقتبَسَ علْمًا مِنَ النُّجُومِ اقْتبَسَ شُعبَة مِن السِّحرِ، زادَ ما زادَ».
Nabi SAW menjelaskan bahawa sesiapa yang mempelajari dan mengambil ilmu nujum dan buruj, serta mencari petunjuk melalui pergerakan, kemasukan dan keluarnya terhadap kejadian-kejadian di bumi seperti kematian seseorang, kehidupannya, atau penyakitnya, dan perkara seumpamanya mengenai apa yang akan berlaku pada masa hadapan, maka sesungguhnya dia telah mempelajari sebahagian daripada sihir, dan bahawa semakin banyak seseorang manusia mempelajari ilmu ini, maka semakin banyaklah amalan sihirnya.
من اقتبسَ: من تعلّم.
شعبة: طائفة وقطعة.
Pengharaman ilmu nujum, iaitu mengkhabarkan tentang masa hadapan berdasarkan keadaan bintang-bintang; kerana ia termasuk dalam dakwaan mengetahui perkara ghaib.
Sesungguhnya ilmu nujum yang diharamkan termasuk dalam jenis sihir yang bertentangan dengan tauhid, berbeza dengan memerhatikan bintang-bintang untuk mengetahui arah atau kiblat atau masuknya musim dan bulan, maka ia adalah dibolehkan.
Semakin banyak seseorang mempelajari ilmu nujum, maka semakin banyak dia mempelajari cabang-cabang sihir.
Bintang-bintang mempunyai tiga manfaat yang disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya: sebagai perhiasan bagi langit, tanda-tanda penunjuk arah, dan lontaran untuk merejam syaitan.
Sunan Abī Dāwūd (6/ 50) (3905).
Sunan Ibn Mājah (4/ 670) (3726).
Musnad Aḥmad (3/ 454) (2000).
Sunan Abī Dāwūd (6/ 50) (3905).
Sunan Ibn Mājah (4/ 670) (3726).
Musnad Aḥmad (3/ 454) (2000).
Maklumat tambahan (8)
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
للقرعاوي (ص230).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
للفوزان (ص206).
الجديد في شرح كتاب التوحيد.
للقرعاوي (ص230).
الملخص في شرح كتاب التوحيد.
للفوزان (ص206).