Skip to content

"Janganlah mencela orang-orang yang telah mati, kerana sesungguhnya mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka kerjakan."

محاور التعريف بالإسلام
محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق

Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda:

""Janganlah mencela orang-orang yang telah mati, kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka kerjakan.""

«لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ، فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا».

Riwayat al-Bukhari
Sahih
Syarahan

Nabi SAW menjelaskan tentang larangan mencela orang yang telah meninggal dunia dan mencemarkan kehormatan mereka, serta bahawa perbuatan ini termasuk dalam akhlak yang buruk. Ini kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka kerjakan, sama ada amal kebaikan mahupun keburukan. Dan sebagaimana cacian ini tidak akan sampai kepada mereka, sesungguhnya ia hanya menyakiti orang yang masih hidup.

Makna Perkataan

أفضوا إلى ما قدموا : صاروا إلى ما قدموا من أعمالهم.

أفضوا إلى ما قدموا: صاروا إلى ما قدموا من أعمالهم.

Antara faedah daripada hadis ini:

Hadis ini merupakan dalil tentang pengharaman mencela orang-orang yang telah meninggal dunia.

Meninggalkan perbuatan mencaci orang yang telah meninggal dunia adalah demi menjaga kemaslahatan orang yang masih hidup, serta memelihara kesejahteraan masyarakat daripada persengketaan dan sikap saling membenci.

Hikmah larangan mencela mereka adalah kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka kerjakan, maka perbuatan mencela mereka tidak memberi sebarang manfaat, dan ia menyakiti kaum kerabat mereka yang masih hidup.

Bahawa tidak sepatutnya bagi seseorang manusia mengucapkan sesuatu yang tidak mendatangkan kemaslahatan.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (2/ 104) (1393).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (2/ 104) (1393).

Maklumat tambahan (12)

فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (2/ 631).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (4/ 385).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (3/ 277).

فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.

لابن عثيمين (2/ 631).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (4/ 385).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (3/ 277).