"Tahukah kamu apakah itu mengumpat?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Engkau menyebut perihal saudaramu dengan apa yang tidak disukainya."
- التصنيف الشرعي
- الفضائل والآدابفقه الأخلاقالأخلاق الذميمةالفضائل والآدابالآداب الشرعيةآداب الكلام والصمت
- موضوعات الحديث
- الكبائر والمحرماتالغيبةالأخلاقحفظ اللسانالأخلاقالبهتان
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tahukah kalian apakah itu mengumpat?", mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Engkau menyebut tentang saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya." Ditanya: "Bagaimana pandanganmu jika pada saudaraku terdapat apa yang aku katakan?" Baginda bersabda: "Jika padanya terdapat apa yang engkau katakan, maka engkau telah mengumpatnya, dan jika tidak terdapat padanya, maka engkau telah memfitnahnya."
«أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟»، قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ»، قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: «إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ».
Nabi SAW menjelaskan hakikat ghibah (mengumpat) yang diharamkan, iaitu: menyebut perihal seorang Muslim yang tidak hadir dengan sesuatu yang dibencinya, sama ada ia berkaitan dengan sifat fizikal mahupun akhlaknya, seperti: si buta sebelah mata, si penipu, si pendusta, dan seumpamanya daripada sifat-sifat celaan, walaupun sifat tersebut sememangnya wujud pada dirinya. Adapun jika sifat itu tidak ada padanya, maka hal ini lebih berat daripada ghibah, dan ia adalah buhtan, iaitu memfitnah seseorang manusia dengan sesuatu yang tidak ada padanya.
Keelokan pengajaran Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, di mana baginda mengemukakan sesuatu permasalahan melalui kaedah pertanyaan.
Adab yang mulia para sahabat terhadap Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, ketika mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Ucapan orang yang ditanya tentang apa yang tidak diketahuinya: Allahu a`lam.
Pemeliharaan Syariat terhadap masyarakat melalui penjagaan hak-hak dan persaudaraan sesama mereka.
Mengumpat adalah diharamkan kecuali dalam beberapa keadaan demi kemaslahatan; antaranya ialah: untuk menolak kezaliman, iaitu orang yang dizalimi menceritakan perihal orang yang menzaliminya kepada pihak yang mampu mengembalikan haknya, lalu dia berkata: "Si fulan telah menzalimiku," atau "dia telah melakukan sekian-sekian terhadapku." Antaranya juga: meminta pandangan dalam urusan perkahwinan, perkongsian, hidup berjiran, dan seumpamanya.
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2001) (2589).
Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2001) (2589).
Maklumat tambahan (12)
فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 378).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 237).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 428).
فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 378).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 237).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 428).
Dipetik dalam kitab
5 BukuMaklumat tambahan (5)
- قاموس الكبائرموسوعة الكبائر - المجموعة الثانية«أَتَدْرُونَ مَا الغِيبَةُ؟»، قَالُوا: اللَّٰهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ»، قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: «إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ، فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُ
- قاموس الكبائرموسوعة الكبائر - المجموعة الثالثة«أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟». قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: «ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ». قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: «إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُن
- مجموعة زاد الحديث(3)1«أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟» قَالُوا: الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ» قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ؟ قَالَ: «إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ، فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِ
- محرمات استهان بها كثير من الناسأتدرون ما الغيبة ؟ قالوا الله ورسوله أعلم. قال: ذكرك أخاك بما يكره، قيل: أفرأيت إن كان في أخي ما أقول؟ قال: إن كان فيه ما تقول فقد اغتَبتَه، وإن لم يكن فيه فقد بهَتَّهُ
- مشروع المنهج التعليميمادة الحديث مستوى 2«أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟» قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: «ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ» قِيلَ: أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ: «إِن كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ، فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي