Skip to content

Bukanlah orang yang kuat itu dengan menang bergusti, sesungguhnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.

موضوعات الحديث
الأخلاقكظم الغيظ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

«Bukanlah orang yang kuat itu kerana hebat bergusti, sesungguhnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.»

«لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ».

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sahih
Syarahan

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kekuatan yang sebenar bukanlah kekuatan tubuh badan, atau orang yang menumbangkan orang-orang yang kuat, tetapi orang yang benar-benar kuat ialah orang yang berjuang melawan nafsunya dan menundukkannya tatkala kemarahannya memuncak; kerana hal ini menunjukkan kekuatan penguasaannya terhadap dirinya serta kejayaannya mengalahkan syaitan.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Kelebihan sifat penyantun dan mendisiplinkan diri ketika marah, dan sesungguhnya ia merupakan antara amalan soleh yang dianjurkan oleh Islam.

Memerangi hawa nafsu ketika marah lebih berat daripada memerangi musuh.

Islam telah mengubah konsep kekuatan Jahiliah kepada akhlak yang mulia, maka manusia yang paling kuat adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya.

Menjauhkan diri daripada kemarahan disebabkan kemudaratan yang diakibatkannya kepada individu dan masyarakat.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 28) (6114).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2014) (2609).

(538).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (8/ 28) (6114).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2014) (2609).

(538).

Maklumat tambahan (14)

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 198).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 394).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

للهلالي (1/ 698).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 198).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 394).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

للهلالي (1/ 698).