Skip to content

"Sedekah tidak mengurangkan harta, dan tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan, dan mana-mana orang yang tawaduk, Allah akan muliakan dia."

محاور التعريف بالإسلام
محاسن الإسلاممحاسن الأخلاق

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda:

"Sedekah tidak mengurangkan harta, dan mana-mana hamba yang memaafkan, Allah akan tambahkan kemuliaannya, dan mana-mana orang yang tawaduk, Allah akan muliakan dia."

«مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللهُ».

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

Nabi SAW menjelaskan bahawa sedekah tidak mengurangkan harta, bahkan ia menghindarkan bencana daripadanya, dan Allah menggantikan bagi pemiliknya dengan kebaikan yang besar, maka ia menjadi suatu pertambahan, bukannya pengurangan. Dan tidaklah sifat memaafkan, tatkala berkuasa untuk membalas dendam atau menghukum, menambahkan kepada pelakunya melainkan kekuatan dan kemuliaan. Mana-mana orang yang tawaduk dan merendahkan diri kerana Allah, bukan kerana takut kepada sesiapa, bukan untuk bermuka-muka dengannya, dan bukan untuk mengharapkan manfaat daripadanya, ganjarannya ialah kedudukan yang tinggi dan kemuliaan.

Antara faedah daripada hadis ini:

Kebaikan dan kejayaan itu terletak pada kepatuhan terhadap syariat dan berbuat kebaikan, sekalipun sebahagian manusia menyangka yang sebaliknya.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2001) (2588).

Ṣaḥīḥ Muslim (4/ 2001) (2588).

Maklumat tambahan (16)

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 501).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 354).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 438).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 692).

توضيح الأحكام من بلوغ المرام.

للبسام (7/ 501).

منحة العلام في شرح بلوغ المرام.

لعبد الله الفوزان (10/ 354).

فتح ذي الجلال والإكرام.

لابن عثيمين (6/ 438).

سبل السلام بشرح بلوغ المرام.

للصنعاني (2/ 692).