Sesungguhnya terdapat segolongan manusia yang menggunakan harta Allah tanpa hak, maka bagi mereka neraka pada hari kiamat.
Daripada Khaulah al-Ansariyah RA, beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
«Sesungguhnya terdapat golongan yang membelanjakan harta Allah tanpa hak, maka bagi mereka adalah neraka pada hari Kiamat.»
«إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللهِ بِغَيْرِ حَقٍّ، فَلَهُمُ النَّارُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ».
Nabi SAW telah mengkhabarkan tentang segolongan manusia yang mengendalikan harta kaum Muslimin secara batil, dan mengambilnya tanpa hak. Hal ini membawa pengertian yang umum berkaitan harta dari sudut pengumpulan dan pemerolehannya daripada sumber yang tidak halal, serta perbelanjaannya bukan pada saluran yang sebenar. Turut termasuk dalam perkara ini ialah perbuatan memakan harta anak-anak yatim dan harta wakaf, mengingkari amanah, serta mengambil harta awam tanpa sebarang kelayakan. Kemudian Baginda SAW mengkhabarkan bahawa balasan mereka ialah neraka pada hari Kiamat.
...:
Harta yang berada di tangan manusia adalah harta Allah, Dia telah mengamanahkannya kepada mereka agar mereka membelanjakannya dengan cara-cara yang disyariatkan, dan menjauhi daripada menguruskannya dengan cara yang batil, dan ini adalah umum bagi para pemerintah dan selain mereka daripada sekalian manusia.
Ketegasan syarak berkaitan harta awam, dan bahawa sesiapa yang diberikan tanggungjawab menguruskan sesuatu daripadanya, maka dia akan dihisab pada hari kiamat atas kutipan dan perbelanjaannya.
Termasuk di dalam ancaman ini ialah sesiapa yang menguruskan harta secara tidak syarie, sama ada hartanya sendiri mahupun harta orang lain.
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (4/ 85) (3118).
Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (4/ 85) (3118).
Maklumat tambahan (12)
فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 372).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 231).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 424).
فتح ذي الجلال والاكرام بشرح بلوغ المرام.
لابن عثيمين (6/ 372).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (10/ 231).
توضيح الأحكام من بلوغ المرام.
للبسام (7/ 424).
Dipetik dalam kitab
2 BukuMaklumat tambahan (2)
- رياض الصالحينرياض الصالحين مع فوائد وهدايات - 2«إِنَّ رِجَالاً يَتَخَوّضُونَ فِي مَالِ الله بِغَيْرِ حَقٍّ، فَلَهُمُ النَّارُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ».
- قاموس الكبائرموسوعة الكبائر - المجموعة الثانية«إِنَّ رِجَالًا يَتَخَوَّضُونَ فِي مَالِ اللَّهِ بِغَيْرِ حَقٍّ، فَلَهُمُ النَّارُ يَوْمَ القِيَامَةِ» [6].