Skip to content

"Mahukah aku mengutusmu atas urusan yang Rasulullah SAW telah mengutusku kerananya? Bahawa janganlah engkau biarkan patung melainkan engkau menghapuskannya, dan tiada kubur yang ditinggikan melainkan engkau meratakannya."

Daripada Abu al-Hayyaj al-Asadi, beliau berkata:

Ali bin Abi Talib berkata kepadaku: “Mahukah aku utuskan engkau atas apa yang Rasulullah ﷺ telah mengutusku melakukannya? Iaitu janganlah engkau biarkan patung melainkan engkau menghapuskannya, dan tidak pula kubur yang ditinggikan melainkan engkau meratakannya.”

قَالَ لِي ‌عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ: أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ، وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ.

Riwayat Muslim
Sahih
Syarahan

"Nabi SAW pernah mengutus para sahabatnya supaya tidak membiarkan "patung" - iaitu gambar makhluk bernyawa sama ada berjasad mahupun tidak berjasad - kecuali mereka memusnahkannya atau menghapuskannya." Dan hendaklah mereka tidak membiarkan kubur yang tinggi melainkan mereka meratakannya dengan tanah, dan meruntuhkan binaan di atasnya, atau menjadikannya rata, tidak dinaikkan dari tanah terlalu tinggi, sebaliknya dinaikkan setinggi lebih kurang satu jengkal.

Makna Perkataan

...:

Antara faedah daripada hadis ini:

Pengharaman mengambil gambar makhluk bernyawa; kerana ia termasuk dalam wasilah kesyirikan.

Pensyariatan menghapuskan kemungkaran dengan tangan bagi sesiapa yang mempunyai kekuasaan atau kemampuan untuk berbuat demikian.

Nabi ﷺ amat bersungguh-sungguh untuk menghapuskan segala perkara yang menunjukkan kepada kesan-kesan Jahiliah, seperti gambar-gambar, patung-patung, serta binaan di atas kubur.

Sumber

Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 666) (969).

Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 666) (969).

Maklumat tambahan (16)

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (2/ 446).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص402).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص447).

كتاب التوحيد.

للإمام محمد بن عبد الوهاب (ص138).

القول المفيد على كتاب التوحيد.

لابن عثيمين (2/ 446).

الملخص في شرح كتاب التوحيد.

لصالح الفوزان (ص402).

الجديد في شرح كتاب التوحيد.

لمحمد القرعاوي (ص447).

كتاب التوحيد.

للإمام محمد بن عبد الوهاب (ص138).