Skip to content

"Tidak ada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu sepuluh hari ini (10 awal Zulhijjah)."

موضوعات الحديث
الحج والعمرةعشر ذي الحجة

Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada hari-hari yang amalan soleh di dalamnya lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini,” iaitu sepuluh hari (10 awal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Bahkan bukan jihad di jalan Allah juga tidak menyamai amalan di bulan ini?” Baginda menjawab: “Benar, bahkan jihad di jalan Allah juga tidak menyamainya, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan nyawa dan harta, lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.”

«ما مِنْ أيَّامٍ العمَلُ الصَّالِحُ فيها أحبُّ إلى اللهِ مِن هذه الأيام» يعني أيامَ العشر، قالوا: يا رسُولَ الله، ولا الجهادُ في سبيلِ الله؟ قال: «ولا الجهادُ في سبيلِ الله، إلا رجلٌ خَرَجَ بنفسِه ومالِه فلم يَرْجِعْ من ذلك بشيءٍ».

Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud, dan lafaznya daripada Abu Dawud
Sahih
Syarahan

Nabi SAW menjelaskan bahawa amalan soleh pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah lebih baik daripada hari-hari lain sepanjang tahun. Para sahabat RA bertanya kepada Nabi SAW tentang jihad selain daripada sepuluh hari ini, adakah ia lebih utama ataupun amalan soleh pada hari-hari ini? Hal ini kerana telah tetap di sisi mereka bahawa jihad adalah antara amalan yang paling utama. Maka Baginda SAW menjawab: Bahawa amalan soleh pada hari-hari ini lebih utama daripada jihad pada hari-hari yang lain, kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad dan mempertaruhkan nyawa dan hartanya di jalan Allah, lalu dia kehilangan hartanya dan terkorban nyawanya di jalan Allah, Maka inilah yang lebih utama daripada amalan soleh pada hari-hari yang mulia ini.

Makna Perkataan

الجهاد: هو مقاتلة الكفار لإبلاغ دين الله تعالى للناس أو للدفاع عن الإسلام وأهله.

Antara faedah daripada hadis ini:

Kelebihan amalan soleh pada 10 hari pertama Zulhijjah, maka setiap Muslim hendaklah memanfaatkan hari-hari ini dan memperbanyakkan amalan ketaatan padanya, seperti zikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran, takbir, tahlil dan tahmid, solat, sedekah dan puasa, serta segala amalan kebaikan.

Sumber

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (2/ 20) (969).

Sunan Abī Dāwūd (4/ 102) (2438).

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (2/ 20) (969).

Sunan Abī Dāwūd (4/ 102) (2438).

Maklumat tambahan (24)

فتح الباري بشرح صحيح البخاري.

لابن حجر (2/ 459).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل المبارك (ص699).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 301).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 884).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (15/ 234).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 382).

فتح الباري بشرح صحيح البخاري.

لابن حجر (2/ 459).

تطريز رياض الصالحين.

لفيصل آل المبارك (ص699).

شرح رياض الصالحين.

لابن عثيمين (5/ 301).

نزهة المتقين شرح رياض الصالحين.

لمصطفى الخِن وغيره (1/ 884).

كنوز رياض الصالحين.

لمجموعة من الباحثين (15/ 234).

بهجة الناظرين شرح رياض الصالحين.

لسليم الهلالي (2/ 382).