Janganlah kamu duduk di atas kubur, dan janganlah kamu solat menghadapnya.
Daripada Abu Marthad al-Ghanawi RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
""Janganlah kamu duduk di atas kubur, dan janganlah kamu solat menghadap kepadanya.""
«لَا تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ، وَلَا تُصَلُّوا إِلَيْهَا».
Nabi ﷺ melarang daripada duduk di atas kubur. Sebagaimana Baginda melarang daripada melakukan solat menghadap kubur, iaitu kubur berada pada arah kiblat orang yang bersolat; kerana perkara tersebut adalah salah satu jalan yang boleh membawa kepada syirik.
Larangan mendirikan solat di kawasan perkuburan, di antara kubur-kubur, atau menghadap ke arahnya, kecuali solat jenazah sebagaimana yang sabit dalam Sunnah.
Larangan daripada solat menghadap kubur bagi menutup jalan kepada kesyirikan.
Islam melarang daripada sikap berlebih-lebihan terhadap kubur dan perbuatan menghinanya, maka tidak boleh melampaui batas dan tidak boleh meremehkannya.
Kehormatan seorang Muslim kekal selepas kematiannya, berdasarkan sabda Nabi SAW: (Mematahkan tulang si mati sama seperti mematahkannya semasa hidup).
Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 668) (972).
Ṣaḥīḥ Muslim (2/ 668) (972).
Maklumat tambahan (12)
توضيح الأحكام مِن بلوغ المرام.
لعبد الله البسام (2/ 30).
فتح ذي الجلال والإكرام شرح بلوغ المرام.
لمحمد العثيمين (1/ 522).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (4/ 285).
توضيح الأحكام مِن بلوغ المرام.
لعبد الله البسام (2/ 30).
فتح ذي الجلال والإكرام شرح بلوغ المرام.
لمحمد العثيمين (1/ 522).
منحة العلام في شرح بلوغ المرام.
لعبد الله الفوزان (4/ 285).